
Rajah di bawah berkaitan dengan ciri-ciri tamadun.
Sistem pemerintahan
Pengkhususan pekerjaan
Agama dan kepercayaan
Bahasa dan sistem tulisan
Petempatan kekal
X
Apakah X? [T4B1]
Kedua-dua bandar berikut terdapat dalam tamadun Indus.
Mohenjo-Daro
Harappa
Apakah faktor kemajuan bandar tersebut? [T4B1]
Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini? [T4B2]
Golongan Helot dalam kelas sosial masyarakat Sparta merujuk kepada [T4B2]
Gambar menunjukkan Gunung Jerai di Kedah.
Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua? [T4B3]
Gambar menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja.
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut? [T4B3]
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan? [T4B4]
Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab? [T4B4]
Pada tahun 630 Masihi, Nabi Muhammad SAW telah menguasai semula kota Makkah.
Apakah kesan peristiwa tersebut? [T4B5]
Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah? [T4B5]
Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah? [T4B6]
I - Memerangi golongan al-Riddah
II - Memperkenalkan pelbagai cukai
III - Menubuhkan Jabatan Kehakiman
IV - Menyelesaikan perpecahan umat Islam
Rajah di bawah merujuk kepada cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun luar.
Pertembungan tamadun
Penaklukan dan perdagangan
Apakah kesan daripada pertembungan tersebut? [T4B6]
I - Peningkatan ilmu
II - Penyerapan budaya
III - Penguasaan kuasa
IV - Pembahagian kelas sosial
Jadual di bawah menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Pattani: Raja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said
Pasai: Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail
Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah? [T4B7]
Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh.
Apakah fungsi institusi tersebut? [T4B7]
Zilullah fil-alam adalah gelaran raja selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Apakah kesan penggunaan gelaran tersebut? [T4B8]
Gambar menunjukkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad ke-15.
Apakah faktor yang menyebabkan kesibukan pelabuhan tersebut? [T4B8]
Golongan Patron muncul di Eropah pada Zaman Renaissance.
Apakah peranan golongan tersebut? [T4B9]
Akta Antipenggabungan (Anti Combination Act) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian.
Apakah kesan daripada akta tersebut? [T4B9]
Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.
1920
Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan? [T4B10]
Apakah kesan peristiwa berikut? [T4B10]
1897
British menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang di bawah Ordinan XIII
Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo di Filipina.
Apakah kesan pengenalan sistem tersebut? [T5B1]
Rajah di bawah merujuk kepada perubahan corak perjuangan nasionalisme di Asia Tenggara.
Tahap 1: Bercorak sederhana
Tahap 2: Bercorak radikal
Mengapakah perubahan corak perjuangan tersebut berlaku? [T5B1]
Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.
Warta Malaya
Warta Negara
Majlis
Apakah saranan tersebut? [T5B2]
I - Menjalankan aktiviti perniagaan
II - Menubuhkan syarikat kerjasama
III - Mengasaskan institusi kewangan
IV - Melaksanakan penyatuan tanah
Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam. Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu? [T5B2]
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia? [T5B3]
I - Desakan kumpulan radikal
II - Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III - Semangat toleransi menjadi amalan
IV - Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu berikut? [T5B3]
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.
Dari Bentan ke Kuala Sedidi
Singgah Berjaja di Batu Pahat
Syarat kerakyatan secara jus soli
Kuasa raja turut tergugat
Apakah tindakan orang Melayu? [T5B4]
Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.
Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan? [T5B4]
Apakah perkara yang dipersetujui oleh pemimpin bukan Melayu dalam Pakatan Murni? [T5B5]
I - Agama Persekutuan
II - Undang-undang
III - Prinsip kehakiman negara
IV - Kedudukan raja-raja Melayu
Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid.
Merangka perlembagaan negara
X
Apakah X? [T5B5]
Petikan berikut menerangkan tentang ancaman komunis di Asia Tenggara.
Teori Domino berpengaruh dalam politik Asia Tenggara pada tahun-tahun 1960an. Menurut teori ini, komunis yang sudah bertapak di Indo-China akan menguasai negara-negara lain di Asia Tenggara.
Sumber: Sejarah Malaysia 1800-1963 Mohd Isa Othman
Apakah tindakan pemimpin kita untuk mengelakkan ancaman tersebut? [T5B6]
Pembentukan Malaysia telah ditentang oleh Indonesia kerana menganggap Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baharu.
Siapakah dalang di sebalik anggapan tersebut? [T5B6]
Pernyataan berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran di Malaysia.
Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan negara sejak merdeka terbukti berkesan mewujudkan kestabilan dan memakmuran kepada negara.
Sumber: Bernama, 30 Januari 2013
Bagaimanakah sistem tersebut dapat mewujudkan kestabilan dan kemakmuran negara? [T5B7]
I - Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
II - Pandangan rakyat biasa diambil kira
III - Hak rakyat untuk bersuara disekat
IV - Kebebasan mutlak rakyat terjamin
Salleh adalah warganegara Malaysia yang ingin mengundi dalam pilihan raya umum ke-14.
Apakah syarat yang perlu Muthu penuhi? [T5B7]
I - Tidak muflis
II - Berumur 21 tahun
III - Mendaftar sebagai pemilih
IV - Menjadi ahli dalam parti politik
Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan bendera di atas kerana ia adalah lambang [T5B7]
Rajah di bawah menerangkan matlamat Rancangan Malaya Pertama.
Membangunkan kawasan luar bandar
Merapatkan jurang perbezaan pendapatan
Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai? [T5B8]
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.
Apakah matlamat dasar tersebut? [T5B8]
I - Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
II - Mengurangkan beban kewangan kerajaan
III - Meningkatkan kemajuan ekonomi
IV - Memperhebatkan pembukaan tanah
Perang Dunia Pertama tercetus di Eropah mulai tahun 1914 hingga tahun 1918.
Mengapakah Amerika Syarikat turut terlibat dalam perang tersebut? [T5B9]
Jadual di bawah berkaitan dengan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).
1971
Kuala Lumpur
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut? [T5B9]
Peta menunjukkan kawasan Koridor Raya Multimedia.
Mengapakah kerajaan mewujudkan koridor tersebut? [T5B9]