No student devices needed. Know more
20 questions
Kenyataan berikut berkaitan dengan pengiklanan suatu barang.
~Menaikkan kadar cukai
~Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Dasar fiskal menguncup
Dasar fiskal mengembang
Dasar kewangan menguncup
Dasar kewangan mengembang
Dasar fiskal mengembang akan menyebabkan
penurunan kadar pengangguran
penurunan perbelanjaan kerajaan
pertumbuhan ekonomi yang perlahan
penurunan tingkat harga umu di pasaran
Pernyataan manakah yang merupakan langkah untuk mengatasi masalah pengangguran yang berleluasa dalam ekonomi
menaikkan kadar cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
menurunkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
menaikkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan
menurunkan kadar cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan
Alat dasar fiskal terdiri daripada.....
cukai
kadar faedah
surat jaminan kerajaan
perbelanjaan kerajaan
Perbualan yang berikut merujuk kepada satu masalah ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi oleh sebuah Negara.
Bagaimanakah bank pusat di Negara tersebut mengatasi masalah itu?
Mengubahkan kadar rizab berkanun daripada 5% kepada 3%
Mengubahkan tempoh bayaran balik pinjaman daripada 9 tahun kepada 5 tahun
Menjual surat jaminan kerajaan kepada orang ramai
Mengubahkan kadar faedah pinjaman daripada 8% kepada 6%
Dasar kewangan menguncup boleh dilaksanakan melalui cara..
menurunkan kadar faedah
menjual surat jaminan kerajaan
mengetatkan syarat sewa beli
menurunkan nisbah rizab berkanun
Penurunan dalam nisbah rizab berkanun menyebabkan
kadar pengangguran meningkat
kuasa beli masyarakat meningkat
bekalan wang dalam ekonomi berkurang
keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman menurun
Maklumat berikut menunjukkan situasi dalam ekonomi.
~ Pinjaman orang ramai meningkat
~ Permintaan agregat meningkat
Tindakan bank pusat yang manakah akan menyebabkan kesan di atas?
menaikkan nisbah rizab berkanun dan kadar faedah
menurunkan nisbah rizab tunai dan melonggarkan syarat sewa beli
membeli surat jaminan kerajaan dan menaikkan nisbah rizab berkanun
menjual surat jaminan kerajaan dan menurunkan nisbah rizab berkanun
Tindakan bank pusat yang manakah dapat mengurangkan pengangguran dalam ekonomi?
meningkatkan kadar rizab tunai
menurunkan nisbah rizab tunai
menjual surat jaminan kerajaan
memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman
Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah 'terlalu banyak wang mengejar sedikit barang dalam ekonomi?'
menaikkan kadar cukai
menaikkan kadar faedah
membeli surat jaminan kerajaan
menurunkan nisbah rizab tunai
Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?
Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran
Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan
A Pekerja yang meletak jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain
Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif tingkat guna tenaga penuh?
Mencapai kecekapan peruntukan sumber ekonomi
Memaksimumkan jumlah kapasiti pengeluaran
Menurunkan kuasa beli masyarakat
Mengurangkan daya saing negara
Maklumat di bawah berkaitan sejenis pengangguran.
Isu pengangguran terutama melibatkan graduan bukan kerana kekurangan pekerjaan tetapi berpunca daripada sikap terlalu memilih pekerjaan.
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengangguran di atas?
Bersifat jangka panjang
Berlaku kemelesetan ekonomi
Peralihan pekerjaan akibat kehausan sumber asli
Peluang mendapat gaji yang tinggi menjadi keutamaan
Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan cukai yang dikenakan oleh kerajaan?
Keuntungan syarikat dikenakan pada kadar cukai malar
Semakin tinggi keuntungan syarikat semakin tinggi kadar cukai
Cukai regresif dapat mengurangkan jurang pendapatan individu
Beban GST yang ditanggung oleh golongan B40 adalah lebih besar
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan cukai tak langsung?
Petronas membayar 28% daripada jumlah pendapatan syarikat kepada kerajaan
Encik Yasin membayar duti setem apabila menandatangani surat perjanjian pembelian kedai di Taman Sri Desa
Puan Rasmazlina membayar tambahan 6% cukai daripada jumlah harga makanan di restoran makanan segera
Syarikat Sutera Sdn. Bhd. membayar cukai sebanyak 15% daripada keuntungan perniagaannya kepada kerajaan
Antara berikut, yang manakah tindakan pengeluar mengeksploitasi pengguna yang akan menjejaskan kebajikan masyarakat?
Menetapkan harga barang keperluan pada paras yang tinggi
Menjual barang yang selamat dan mendapat pengiktirafan logo halal
Mengeluarkan barang yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan dalam kuantiti yang banyak supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa
Apakah kesan penurunan kadar faedah terhadap pengguna?
Kos pinjaman meningkat
Perbelanjaan penguna dalam ekonomi meningkat
Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman
Pengguna peru menyediakan lebihan wang semasa berbelanja
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dijangka merosot sebanyak 1.6%.
Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan keadaan di atas?
Penurunan dalam eksport
Penurunan dalam kadar inflasi
Peningkatan dalam produktiviti
Penurunan dalam kadar pengangguran
Jika kerajaan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan, apakah kesan yang akan berlaku dalam ekonomi negara?
Kadar pengangguran meningkat
Kuasa beli masyarakat meningkat
Taraf hidup masyarakat meningkat
Pendapatan masyarakat menurun
Antara yang berikut, pernyataan manakah berkaitan objektif makroekonomi?
Taraf hidup dan kos sara hidup masyarakat meningkat
Aliran wang keluar lebih tinggi daripada aliran wang masuk
Tenaga buruh digunakan dengan optimum dan jumlah keluaran negara adalah maksimum
Tingkat harga umum tidak mengalami sebarang perubahan atau mengalami perubahan pada kadar yang rendah
Explore all questions with a free account