No student devices needed. Know more
40 questions
Apakah sistem tulisan masyarakat Mesir Purba?
Piktograf
Ideogram
Hieroglif
Cuneiform
Imhotep mempunyai jasa yang paling besar terhadap tamadun Mesir Purba. Apakah jasa tersebut?
Mencipta tulisan
Mencipta kertas
Membina terusan
Membina piramid
Pada tahun 509 S.M. masyarakat Latin di Rom di bawah pimpinan golongan patrician telah bangun memberontak
Apakah kesan peristiwa berikut terhadap Rom?
Pembentukan republik
Pemulihan kuasa raja
Pengukuhan kuasa konsul
Pengurangan kuasa gereja
Bagaimanakah unsur Yin dan Yang dapat memanfaatkan masyarakat Cina hari ini?
Mengatur strategi peperangan
Memulakan sistem kalendar
Mengimbangi alam dan manusia
Menjadi asas perubatan tradisional
Pelabuhan pembekal --> X --> Pelabuhan entreport
Bagaimanakah X mendapat statusnya?
Kemunculan kerajaan
Kemajuan perdagangan
Kepadatan penduduk
Kerjasama kerajaan luar
Setiap datu yang dilantik dalam kerajaan Srivijaya akan mengikuti upacara angkat sumpah di Telaga Batu, Palembang. Amalan ini berhubungkait dengan nilai ..
Keadilan
Toleransi
Kepatuhan
Taat setia
Kewibawaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Apakah peristiwa yang menunjukkan kebijaksanaan nabi menyelesaikan masalah dalam masyarakat Arab Quraisy?
Mengetuai peperangan Badar
Perletakan semula Hajar Aswad
Memeterai Perjanjian Hudaibiyah
Bertahannuth di Gua Hirak
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah menentang prinsip persamaan taraf sesama manusia?
mementingkan perbezaan darjat
mengutamakan paras rupa
mewujudkan jurang pekerjaan
menekankan amalan tradisi
Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan dua perjanjian dengan orang Madinah sebelum hijrah. Namakan tempat peristiwa itu berlaku.
Mina
Hijaz
Aqabah
Taif
Apakah faktor penting pembukaan kota Makkah oleh orang Islam pada tahun 630 M?
Pengislaman Abu Sufian dan Abbas
Sokongan penduduk Makkah
Kelemahan tentera Arab Quraisy
Makkah menjadi tumpuan umat Islam
Baghdad telah menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu sehingga tertubuhnya baitulhikmah. Apakah kegiatan utama institusi keilmuan tersebut?
Melatih pemimpin negara dalam pentadbiran
Penterjemahan karya falsafah dan sains
Menyediakan latihan ketenteraan
Penulisan karya kesusasteraan
Maklumat berikut berkaitan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
*Perluasan kawasan penyebaran Islam
*Perluasan kawasan pemerintahan Islam
Apakah kesan pertembungan tersebut?
Penguasaan perdagangan oleh pedagang Islam
Politik orang Islam dapat diperkukuhkan
Sistem ketenteraan semakin mantap
Kebangkitan semangat jihad
Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?
• John Crawford
• Emanuel Gadinho Eredia
• Snouck Hurgronje
Memperkenalkan sistem birokrasi Barat
Menulis buku berkaitan pengembaraan
Membicara teori kedatangan Islam
Menjalan perdagangan di rantau Asia
Kerajaan Islam berikut memberi pengaruh yang kuat terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara.
• Kerajaan Bani Abbasiyah
• Kerajaan Turki Uthmaniyah
Apakah kesan pengaruh tersebut?
Pentadbiran tradisional terhapus
Perluasan empayar Islam
Majlis Agama Islam dibentuk
Institusi kesultanan diamalkan
Mengapakah konsep daulat penting dalam sistem politik Melayu tradisional?
I Pemberian kuasa kepada pembesar
II Mengukuh kedudukan raja
III Mengikat rakyat dengan pemerintah
IV Pengaruh kuasa asing disekat
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam.
• Berdasarkan sukatan pelajaran
• Dilaksanakan secara kelas
• Diawasi oleh mudir
Apakah sistem pendidikan tersebut?
Sistem pondok
Sistem madrasah
Pendidikan di masjid
Pengajaran di istana
Sistem feudal yang diamalkan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan tersebut?
Rakyat memilih pemerintah
Raja pemilik tanah secara mutlak
Golongan agama mengetuai pentadbiran
Golongan petani meningkat taraf hidup
Apakah implikasi Akta Antipenggabungan (Anti-Combination Act) yang dilaksanakan di Britain pada permulaan zaman Revolusi Perindustrian?
Pengambilan buruh asing
Masa bekerja lebih panjang
Gaji pekerja tidak meningkat
Wanita dibenar bekerja
Berlaku peningkatan nilai eksport getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
1932 - 9 077 000 pound sterling
1933 - 14 252 000 pound sterling
1934 - 32 557 000 pound sterling
Mengapakah berlaku peningkatan nilai eksport tersebut?
Peningkatan permintaan dunia
Ladang-ladang baru dibuka
Teknologi moden diperluaskan
Penggunaan sistem torehan ibidem
Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?
Taraf hidup meningkat
Membayar cukai yang tinggi
Menceburi ekonomi dagangan
Kekal dengan pertanian tradisional
Apakah implikasi daripada slogan berikut?
• Beban orang putih
• Tugas menyebarkan tamadun
Mengatasi masalah penduduk
Menguasai tanah jajahan
Memajukan ekonomi
Memberi bantuan
Apakah kesan pengenalan Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina terhadap penduduk?
Penindasan penduduk peribumi
Pengangguran semakin meningkat
Meningkatkan ekonomi
Taraf hidup meningkat
Mengapakah Penghulu Dol Said melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833?
Pengenalan peraturan tanah
Dikenakan bayaran ufti
Diwajibkan kerahan tenaga
Pelaksanaan undang-undang barat
Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20?
Mengugut pemimpin
Menghalang peluang belajar
Menyekat kegiatan dakwah
Melarang penubuhan madrasah
• Revolusi Inggeris 1688
• Revolusi Perancis 1789
• Perang Kemerdekaan Amerika 1776
Apakah kesan peristiwa tersebut ke atas negara Barat?
Pembentukan negara bangsa moden
Pengukuhan politik negara feudal
Bermulanya dasar perluasan kuasa
Berakhirnya sistem pemerintahan beraja
Bagaimanakah Sultan Abu Bakar bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor?
Memerangi British
Menyatupadukan kaum
Menggubal perlembagaan bertulis
Mendapat bantuan negara jiran
Orang Melayu membantah tindakan Sir Harold Mac Michael yang mengugut Raja-Raja Melayu
Apakah ugutan yang dimaksudkan?
Dibuang negeri
Diancam bunuh
Dihukum penjara
Diturunkan takhta
Apakah faktor yang menyebabkan Bristish menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Akur tuntutan golongan radikal
Memenuhi desakan orang dagang
Kekuatan perpaduan orang Melayu
Pertambahan bilangan orang dagang
British melaksanakan Sistem Ahli dari Januari 1951 hingga Jun 1955.
Apakah alasan British menyokong Sistem Ahli?
Menjimatkan perbelanjaan
Meningkatkan ekonomi rakyat
Menjamin kerakyatan sama rata
Mengurangkan tekanan pihak komunis
Apakah sumbangan tokoh-tokoh berikut?
• Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
• Tun H. S. Lee
• Tun V. T Sambanthan
Kemerdekaan negara
Menentang Malayan Union
Anggota Sistem Ahli
Presiden UMNO
Lee Kuan Yew mencadangkan supaya Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu.
Apakah tujuan Lee Kuan Yew membuat cadangan tersebut?
Mengawal kemasukan imigran
Melemahkan parti berhaluan kiri
Memperkukuhkan semangat setia kawan
Mengamalkan konsep pengagihan kuasa
Mengapakah Indonesia membantah pembentukan Malaysia?
Menjejaskan perkembangan ekonomi
Terpengaruh dengan Parti Komunis Indonesia
Menggagalkan matlamat penubuhan Melayu Raya
Mencabar kedudukan Indonesia sebagai negara besar
Apakah tugas Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Memujuk Singapura menyertai Persekutuan
Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan
Melaksanakan sistem birokrasi Barat
Meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hak Yang di-Pertuan Agong dalam Perlembagaan Malaysia?
I Bertindak atas nasihat Perdana Menteri
II Boleh menggunakan kuasa budi bicara
III Berkuasa penuh dalam hal kewangan negara
IV Berhak membatalkan sesuatu undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan tersebut?
**Badan Perundangan
**Badan Pelaksana
**Badan Kehakiman
Pemerintahan raja berkuasa mutlak
Konsep pengasingan kuasa
Prinsip negara kesatuan
Dasar pintu terbuka
Apakah bidang kuasa Badan Kehakiman dalam sistem pemerintahan di Malaysia?
Melantik Jemaah Menteri
Menggubal undang-undang
Menentukan kesahihan undang-undang
Menentukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Matlamat Rancangan Malaya Pertama ialah membangunkan kawasan luar bandar dan merapatkan jurang perbezaan pendapatan
Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai?
Bahan mentah terhad
Kelemahan pentadbiran
Ancaman komunis
Kekurangan kemudahan asas
Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?
• Dewan Bahasa dan Pustaka
• Universiti Kebangsaan Malaysia
Meningkatkan kadar celik huruf
Menggalakkan kemasukan pelajar asing
Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa
Memperkasa kedudukan Bahasa Kebangsaan
Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negaranegara berikut.
• Britain
• Australia
• New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani?
Memperkuatkan pertahanan
Menambah aset ketenteraan
Mengekalkan hubungan diplomatik
Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Negara berikut telah menganggotai Kumpulan 15 (G15).
• Malaysia
• Yugoslavia
• Nigeria
Apakah hasrat negara-negara tersebut?
Mengawal kawasan perairan bersama
Mewujudkan pakatan tentera antarabangsa
Mewujudkan sistem mata wang yang seragam
Mengurangkan pergantungan terhadap negara maju
Explore all questions with a free account