10 questions
Kelenjar yang manakah yang dikenali sebagai kelenjar Induk?
A
B
C
D
Apakah hormon yang mengawal aras gula di dalam darah?
Hormon antidiuresis
Hormon estrogen
Hormon insulin
Hormon adrenalina
Bagaimanakah dadah menjejaskan fungsi koordinasi tubuh manusia?
Menghalang organ deria daripada menerima rangsangan
menghalang aliran oksigen dihantar ke otak
melumpuhkan fungsi sistem deria
melambatkan penghantaran oksigen ke otak
Apakah yang berlaku apabila seseorang terserempak dengan seekor buaya ketika sedang mandi di sungai?
Hormon antidiuresis dirembeskan dan menjadi panik
Hormon tiroksina dirembeskan dan saiz anak mata menjadi besar
Hormon insulin dirembeskan dan pinggang berasa lemah dan lenguh
Hormon adrenalina dirembeskan dan denyutan jantung bertambah
Individu R telah mengambil minuman beralkohol melebihi yang sepatutnya dan ditahan oleh pihak berkuasa ketika memandu kereta.
Mengapakah pihak berkuasa telah menahan individu R?
Alkohol yang berlebihan di dalam badan individu R telah melambatkan kadar pengaliran impuls sarafnya
Gerak balas sistem saraf individu R telah meningkat dan bersedia untuk berlumba
Alkohol telah merangsang penghantaranimpuls ke otak dan menjadikan individu R lebih berwaspada
Alkohol di dalam badan telah meningkatkan kadar denyutan jantung individu R
Antara jenis dadah berikut, yang manakah menyebabkan tingkah laku yang tidak menentu dan bersifat ganas?
Penenang
Inhalan
Halusinogen
Perangsang
Antara yang berikut, yang manakah bukan kelenjar endokrin?
Ginjal
Pankreas
Tiroid
Adrenal
Antara yang berikut, aktiviti yang manakah baik untuk menjaga kesihatan mental?
Makan dengan banyak
Menonton televisyen
Bersukan
Pengambilan dadah
Antara yang berikut bukan kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol ke atas kesihatan?
Ulser perut
Sirosis
Halusinasi
Rasional
Bagi lelaki, sekiranya hormon testosteron berlebihan boleh menyebabkan
penurunan berat badan
pembentukan payudara
pertumbuhan abnormal
diabetes melitus