11 questions
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.
Sekiranya orang orang besar berselisih atau bergaduh, orang-orang di bawahnya yang akan mendapat kesusahan.
Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut.
Orang lain bersusah payah mengerjakannya tetapi orang lain pula yang mendapat nama.
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".
Bersatu teguh bercerai roboh
Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya
Bagai aur dengan tebing
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".
Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya
Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu
Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya
Mengikut adat di tempat orang dengan baik
Berdasarkan maksud peribahasa "Orang yang sengaja mencari susah atau bahaya". Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.
Kecil-kecil menjadi anak, besar-besar menjadi onak
Tiada beban batu digalas
Bapa borek anak rintik
Bagai inai dengan kuku
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam
Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa
Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa " Menurut sahaja kehendak orang lain".
Anjing menyalak tiada mengigit
Seperti musang berbulu ayam
Anjing ditepuk menjungkit ekor
Seperti kerbau dicucuk hidung