20 questions
Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana ________ demam panas.
kamu
beliau
dia
tuan hamba
______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana merekalah yang membesarkan kita.
Kami
Mereka
Kita
Dia
“Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila ternampak kebakaran.
kamu
saya
mereka
dia
Murid-murid lelaki Tingkatan 4 Cemerlang sedang giat berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan bola sepak pada minggu hadapan.
dia
anda
kami
mereka
Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______ membawa kain buruk semasa aktiviti gotong- royong esok.
mereka
nya
dia
kami
"Ibu, duit Adik Rahina hilang semasa ________ bermain seorang diri di taman permainan," kata Umi kepada ibunya.
saya
beliau
dia
anda
"_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran yang bersih," titah Sultan Iskandar.
Hamba
Kami
Saya
Beta
" Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan," kata Cikgu Sara kepada murid-murid Tingkatan 4 Dahlia.
saya
hamba
anda
kami
Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang bernilai RM 300 000.
Dia
Tuan hamba
Kami
Mereka
_____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
Beliau
Dia
Mereka
Anda
"Perjuangan _______ masih belum berakhir selagi wisel penamat belum
dibunyikan oleh pengadil,"kata ketua pasukan itu kepada rakan-rakannya.
kami
dia
mereka
kita
"Setelah seminggu balik dari Pulau Langkawi, _______ masih lagi terbayang-bayang akan suasana damai di sana,"kata Lokman.
saya
hamba
tuan hamba
kami
Setelah sultan Mahmud Almukrimin itu mangkat, maka takhta kerajaan negeri itu pun diserahkan
kepada putera _______.
dia
mereka
baginda
kami
"Ibu, ini kawan-kawan lama saya. Bolehkah _______ menumpang tidur di rumah kita?" kata Ros kepada ibunya.
dia
mereka
kami
anda
Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi tadi.
beliau
dia
nya
mereka
"Segala titah perintah sultan akan ________ laksanakan," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.
tuan hamba
beta
saya
patik
Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama hampir tujuh tahun.
Beliau
Dia
Mereka
Saya
"Siapakah gadis yang berbaju kurung hijau yang berjalan dengan ____________ semalam?" tanya Maniam kepada Razif.
dia
awak
patik
beta
" ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun Mamat kepada Hang Nadim.
Saya
Beta
Patik
Tuan hamba
Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah beks Perdana Menteri yang berwibawa. ____________ digelar sebagai Bapa Pemodenan.
Dia
Beliau
Mereka
Anda