10 questions
Ilustrasi berikut menggambarkan situasi yang berlaku pada awal abad ke-19. Bagaimanakah kedua-dua kuasa Barat terlibat menyelesaikan pertikaian tersebut? (B/Teks m/s 41)
Menandatangani Surat Kew
Mewujudkan pentadbiran bersama
Menandatangani Perjanjian London 1824
Mengisytiharkan Singapura sebagai pelabuhan bebas
Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu? (B/Teks ms 42)
Tanah Melayu berada di bawah pengaruh Belanda
Perpecahan Empayar Kesultanan Johor-Riau
Indonesia diletakkan dibawah pengaruh British
Singapura diserahkan kepada Belanda
Apakah syarat Perjanjian London 1824 terhadap British? (B/Teks m/s 43)
British mengiktiraf pelabuhan Singapura
British menyerahkan Melaka kepada Belanda
British bersedia membuka petempatan baharu di Johor
British berundur dari Sumatera
Rajah berikut menunjukkan perubahan sistem pemerintahan di Kesultanan Riau Lingga setelah dikuasai oleh Belanda. Apakah X? (B/Teks ms 44)
Residen Riau
Gabenor Jeneral
Leftenan Jeneral
Pesuruhjaya Tinggi
Mengapakah berlaku hubungan baik antara Negeri-Negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu? (B/Teks ms 47)
Melabur modal untuk penanaman getah
Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan ekonomi
Sultan mempunyai hubungan baik dengan British
Negeri Melayu memerlukan pelabuhan Negeri-negeri Selat untuk memperdagangkan hasil ekonomi
Mengapakah British membentuk Negeri-negeri Selat pada tahun 1826? (B/Teks ms 47)
Menyeragamkan pentadbiran
Memudahkan British meluaskan kuasa
Menyaingi kuasa Belanda
Mengurangkan kuasa Sultan di Negeri Melayu
Pentadbiran Negeri-negeri Selat berada di bawah pentadbiran Pejabat India sebelum diambil alih Pejabat Tanah Jajahan di London pada tahun 1867. Berikut merupakan kegagalan pentadbiran Pejabat India KECUALI? (B/Teks m/s 48)
Gagal mengawal masalah rompakan di Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Selat dijadikan sebgai tempat buangan banduan
Pejabat India mahu menjadikan mata wang Rupee India sebagai mata wang Negeri-negeri Selat menggantikan Dolar Sepanyol
Jarak Pejabat India yang terlalu jauh dengan Negeri-negeri Selat
Berikut merupakan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat (1826-1867) Apakah X? *B/Teks ms48)
Gabenor
Majlis Eksekutif
Residen
Raja-raja Melayu
Apakah peranan Majlis Eksekutif dalam pentadbiran Negeri-negeri Selat? (B/Teks ms 49)
Mnegurus hal ehwal ekonomi
Mengurus hal pentadbiran
Menggubal undang-undang
Mengetuai pentadbiran
Apakah peranan Majlis Perundangan dalam pentadbiran Negeri-negeri Selat? (B/Teks ms 49)
Mengetuai pentadbiran
Mengurus cukai
Mengurus ekonomi
Menggubal undang-undang