No student devices needed. Know more
20 questions
Bantuan yang diberikan oleh kerajaan ______ dapat meringankan beban mangsa banjir itu.
A. seelok-eloknya
B. sebaik-baiknya
C. setidak-tidaknya
D. seboleh-bolehnya
Pihak majikan dinasihati agar tidak berasa curiga ______ kejujuran pekerja bawahan.
A. tentang
B. demi
C. pada
D. oleh
Ramlah tertarik oleh kehijauan pokok padi yang ______ ditiup angin.
A. terliuk-liuk
B. terayun-ayun
C. terkulai-kulai
D. terbuai-buai
Para penyokong pasukan badminton itu berasa cemas kerana peluang pasukan mereka memenangi pertandingan itu semakin ______ .
A. genting
B. getir
C. tipis
D. runcing
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Suaranya menjadi sebak akibat terlalu banyak makan aiskrim.
II. Akibat demam selesema, pernafasan Azmi terganggu kerana hidungnya sebak.
III. Sebaik-baik sahaja mendengar berita itu, dia berasa sebak dan hampir menangis.
IV. Longkang itu menjadi sebak kerana air tidak dapat mengalir dengan lancar.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I. Pihak sekolah berharap agar tidak ada soalan yang bocor sebelum tibanya hari peperiksaan.
II. Atap rumah lama itu sudah ada yang bocor dan perlu diganti.
III. Tiada seorang penjenayah pun yang dapat bocor daripada tahanan polis.
IV. Dia terpaksa menendang pintu besi bangunan itu sehingga bocor untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Pengalamannya yang bertambah dari setahun ke setahun menyebabkan dia semakin yakin dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.
A. dari tahun ke setahun
B. daripada tahun ke tahun
C. daripada setahun ke setahun
D. dari setahun ke setahun
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Ketika sedang berehat, ibu membawa untuk ayah secawan kopi sebagai hidangan minum petang.
A. terbawa ayah secawan kopi
B. membawakan ayah secawan kopi
C. dibawakan secawan kopi untuk ayah
D. membawa untuk ayah secawan kopi
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Jalan raya ke kampung itu paling sunyi sepi sekali selepas jam 12.00 tengah malam.
II. Walaupun dia bukan sangat pandai, dia tidak membantu rakan-rakannya.
III. Parasnya yang kemelayuan menyebabkan pelakon itu diminati di Malaysia.
IV. Sudah letih lesu badannya ketika dia ditemui terdampar di pinggir pantai.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil.
II. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa.
III. Beberapa pintu rumah kedai itu telah dibeli oleh seorang usahawan untuk dijadikan bengkel kereta.
IV. Kita tidak boleh terlalu bergantung pada ihsan orang lain dalam mencapai matlamat hidup
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
Peribahasa yang berikut membawa maksud orang yang pulang ke tempat asal setelah merantau jauh, kecuali
A. seperti itik pulang petang.
B. seperti belut pulang ke lumpur.
C. tak sungguh seluang melaut, akhirnya pulang ke tepi jua.
D. berapa tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap ke belakang kerbau juga
Perkataan santap bermaksud
A. pergi
B. makan
C. tidur
D. meninggal dunia
Para penonton di dalam dewan itu berdiri _____ persembahan nyanyian itu tamat ________ meninggalkan dewan itu.
A. ketika .... dan
B. selepas ... lalu
C. apabila .... atau
D. sebelum .... jika
Pilih ayat yang betul penggunaan tatabahasa.
A. Mereka-mereka berkumpul di halaman rumah walaupun dilarang oleh polis.
B. Beliau dipenjarakan selama 4 tahun kerana kesalahan merompak.
C. Sudah berpuluh tahun Jamil tidak pulang ke kampung halaman.
D. Nasi lemak yang disajikan di restoran itu sangat sedap.
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman tanahair.
A. melumpuhkan...terutamanya...tanah air
B. melumpuhkan...yang utama...tanah air
C. melumpuhkan...terutamanya...tanahair
D. melumpuhkan...terutama...tanah air
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
A. berbanyak-banyak...merasmikan
B. banyak-banyak...mengumumkan
C. berbanyak-banyak...mengisytiharkan
D. berbanyak-banyak...menyertai
Berikan padanan jawapan yang betul untuk kesalahan tatabahasa berikut.
Bahasa Melayu dapat dijadikan teras penumbuhan kebudayaan nasional di dalam negara yang berbilang kaum.
A. pertumbuhan...di
B. penubuhan...dalam
C. pertumbuhan...di dalam
D. penubuhan...di
Kenal pasti satu kesalahan ejaan dalam ayat di bawah.
Semua guru dan murid berkerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah.
A. Semua
B. berkerjasama
C. menjaga
D. kebersihan
perkataan yang manakah di bawah membawa maksud petang.
A. dinihari
B. sore
C. fajar
D. senja
Sikap Hafiz kelihatan agak ganjil sejak dia pulang dari perkhemahan itu.
Pilih perkataan antonim bagi ganjil.
A. biasa
B. cukup
C. mesra
D. senang
Explore all questions with a free account