No student devices needed. Know more
12 questions
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
Baris sajak di atas bermaksud...
Seseorang ketua askar yang kejam telah membunuh banyak rakyat biasa yang tidak berdosa.
Apabila seseorang memiliki kuasa, dia akan mengarahkan orang bawahan untuk melakukan sesuatu kezaliman.
Penyajak mengatakan kuasa seseorang panglima telah disalah guna untuk tujuan memuaskan dirinya yang bersifat pendendam dan zalim.
Penyajak menggambarkan seorang panglima perang yang zalim dan sering berdendam.
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
Baris sajak di atas menggambarkan situasi...
kuda berlari, bunyi senjata bertetakan dan darah panas para askar
bunyi kuda, bunyi senjata bertetakan dan tumpahan darah
kuda berkejar-kejaran, ketajaman pedang dan kemarahan yang membuak-buak
sekawan kuda, pedang pusaka yang berkilauan dan semangat juang yang tinggi
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Mengikut penyajak, mengapakah dia tidak menggelar Hang Jebat itu sebagai pengkhianat?
Hang Jebat saudara baik Hang Tuah
Hang Jebat seorang pahlawan terkenal
Hang Jebat menuntut keadilan untuk Hang Tuah
Hang Jebat bersikap adil dengan membunuh Hang Tuah yang bersalah
Pilih tema yang paling sesuai bagi sajak Kudup Perang.
Kepentingan kuasa dan kedudukan dalam usaha menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
Kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Kepentingan sifat kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin dalam menjamin keamanan negara.
Sifat kepahlawanan yang berani dan tegas dalam menjaga keselamatan dan keamanan sesebuah negara.
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat - nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Pilih persoalan yang terdapat dalam rangkap sajak di atas.
Persoalan pengorbanan diri untuk orang lain
Persoalan keberanian menegakkan keadilan
Persoalan penderitaan akibat penderhakaan
Persoalan kesengsaraan akibat peperangan
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat - nun,
karam di lautan kesumat
Nilai yang dapat dikaitkan dengan baris sajak di atas ialah ...
Nilai keberanian
Nilai ketabahan
Nilai keadilan
Nilai ketaatan
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya
pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Maksud baris sajak di atas ialah...
mengukuhkan kedudukan di istana
ketaatan pada perintah raja
wajib setia pada raja
kuasa raja di istana
Pilih mana-mana pengajaran yang bersesuaian dengan sajak Kudup Perang.
Kita hendaklah berani untuk berjuang untuk menegakkan keadilan.
Kita hendaklah mengkaji sejarah untuk mengelakkan kesalahan yang sama berulang kembali.
Kita hendaklah berusaha menyelesaikan perselisihan dengan cara yang aman.
Kita hendaklah bijak menggunakan kuasa dan pangkat yang dimiliki untuk meluaskan kuasa.
Jasa dan pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seseorang pahlawan?
mengurniakan anugerah / pingat kebesaran / gelaran bagi mengenang jasanya
Membuat filem / menerbitkan buku / dokumentari agar jasa dan pengorbanannya diketahui oleh semua lapisan masyarakat
memberi duit / pakaian / kemewahan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang mewah
menamakan jalan / lorong / kampung / bangunan dengan nama pahlawan agar jasanya akan dikenang oleh generasi akan datang
Jasa dan pengorban pahlawan akan disanjung dan diingati oleh ahli masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghargai jasa seorang pahlawan? [3 markah]
Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan kewibawaannya sebagai pemimpin masyarakat yang disegani?
bersikap matang dan rasional ketika melakukan sesuatu tindakan
sentiasa bergaul mesra dan mengikuti aktiviti kemasyarakatan di kawasan setempat
menjalankan tugas secara integriti dan dedikasi demi kepentingan rakyat
bersikap tegas dan mempunyai pendirian yang kukuh
Pemimpin yang berwibawa sentiasa disayangi oleh rakyat jelata.
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang dapat menonjolkan kewibawaannya sebagai pemimpin masyarakat yang disegani? [3 markah]
Explore all questions with a free account