No student devices needed. Know more
15 questions
1. Warisan negara bangsa Kerajaan Melayu Melaka bermula dari kerajaan
A. Angkor
B. Kedah Tua & Johor Riau
C. Funan & Champa
D. Srivijaya & Majapahit
2. Kerajaan manakah yang mewariskan ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka
A. Kerajaan Srivijaya
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Johor-Riau
D. Kerajaan Kedah Tua
3. Berikut merupakan ciri-ciri negara bangsa sebelum kedatangan barat kecuali
A. Raja
B. Rakyat
C. Wilayah Pengaruh
D. Lambang Kebesaran
4. Dalam kerajaan Srivijaya, Inskripsi ............. digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah dengan golongan diperintah.
A. Batu Bersurat
B. Telaga Batu
C. Corong Kayu
D. Tempayan
5. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nodat dan adat istiadat
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
A. membuktikan keturunan raja
B. menunjukkan kedaulatan raja
C. menggambarkan kemewahan raja
D. menandakan kawasan pemerintahan
6. Keunggulan bererti
A. kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
B. lambang kekuasaan tertinggi seseorang Sultan
C. bebas daripada campurtangan kerajaan lain
D. identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka
7. Sistem pentadbiran Melaka lengkap dan tersusun sehingga menjadikan kerajaan ini masyhur. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Pembesar-pembesar tersebut terdiri daripada
A. Bendahara, Temenggung, Syahbandar & Penghulu Bendahari
B. Temenggung, Laksamana, Penghulu & Syahbandar
C. Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung & Laksamana
D. Laksamana, Syahbandar, Penghulu & Hulubalang
8. Sultan Melaka memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada Pembesar Berempat. Kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai
A. wilayah pengaruh
B. kawasan pegangan
C. kawasan kampung
D. kawasan jajahan
9. Ketua Pentadbir & Ketua Turus Angkatan Tentera
Ketua Hakim
Menasihati Sultan dalam pelbagai hal
Menjadi pemangku Sultan
Pernyataan di atas merujuk kepada
A. Laksamana
B. Temenggung
C. Bendahara
D. Penghulu Bendahari
10. Beliau pernah berkhidmat untuk empat orang Sultan Melaka iaitu Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Mahmud Shah
Beliau merupakan
A. Bendahara Tun Perak
B. Bendahara Tun Hamzah
C. Laksamana Hang Tuah
D. Laksamana Hang Nadim
11. Undang-undang yang digunakan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka ialah Hukum Kanun Melaka dan
A. Undang-undang Pelabuhan Melaka
B. Undang-undang Adat Melaka
C. Undang-undang Laut Melaka
D. Undang-undang Jenayah Melaka
12. Undang-undang Laut Melaka membincangkan hal-hal berkaitan antaranya termasuklah perkara berkaitan peranan nahkoda, pelayaran, jenayah di atas dan percukaian. Undang-undang ini diusahakan oleh beberapa nahkoda Melaka kecuali
A.Nahkoda Jenal
B. Nahkoda Diri
C. Nahkoda Sahak
D. Nahkoda Berahim
13. Kecelakaan yang menimpa seseorang kerana melanggar larangan atau titah raja dan menderhaka kepada raja merujuk kepada
A. Waadat
B. Tulah
C. Daulat
D. Malang
14. Berikut merupakan peranan pembesar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kecuali
A. memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
B. menjadi perantara di antara sultan dengan rakyat
C. memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat
D. mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah
15. Hubungan baik antara pemerintah dengan rakyat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjamin kesejahteraan rakyat. Sebagai rakyat kita perlulah menjaga hubungan baik dengan pemerintah bagi
A. mengekalkan negara terus mundur
B. mengekalkan keamanan dan kemajuan negara
C. menjadikan negara kacau bilau dan berlaku peperangan
D. membolehkan negara dijajah oleh kuasa asing
Explore all questions with a free account