32 questions
Maksud Peribahasa yang paling tepat :
kelompok frasa nama yg menarik bunyinya & bermaksud
ayat / kelompok kata yg tersusun & mempunyai maksud tertentu
ayat / kelompok kata drpd kata nama konkrit & abstrak yg mempunyai maksud
Jenis-jenis peribahasa :
simpulan bahasa,perumpamaan,bidalan,pepatah dan perbilangan
simpulan bahasa,perumpamaan,bidalan,pepatah, perbilangan dan kata-kata hikmah
simpulan bahasa,perumpamaan,bidalan,pepatah, perbilangan,kata-kata hikmah dan bahasa kiasan
Simpulan bahasa ialah...
kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu
kata-kata tertentu atau rangkaian perkataan yang dicampur dalam susunan tetap yang membawa maksud tertentu
Perumpamaan ialah...
susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat
susunan frasa-frasa yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat
Contoh perumpamaan ialah...
bagai aur dengan tebing
kaki bangku
bahasa jiwa bangsa
Pepatah ialah...
rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah yang maksudnya boleh berubah mengikut situasi
rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah yang tidak tetap maksudnya
rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah yang mempunyai maksud tertentu
Contoh pepatah ialah...
seperti api di dalam sekam
kerana nila setitik rosak susu sebelanga
ibarat bulan jatuh ke riba
Maksud simpulan bahasa 'buruk siku' ialah...
sudah diberi, diambil balik
pemberian yang tidak ikhlas
sudah diberi,hendak lagi
Orang yang suka merayau-rayau tanpa tujuan pada malam hari boleh dikaitkan dengan simpulan bahasa :
kutu rayau
kutu embun
kutu malam
Gambit tidak begitu dipercayai oleh rakan-rakannya kerana dia_____________________.
cakar ayam
gila bahasa
talam dua muka
Marie Ann seorang perempuan yang ________________ kerana hanya berkawan dengan golongan lelaki kaya.
rabun ayam
mata duitan
mata cukur
Girang amat disayangi oleh anak-anak saudaranya kerana dia seorang yang __________________.
murah hati
buta hati
hati batu
Perbuatan Cik Jah yang menceritakan keburukan keluarganya kepada orang lain ibarat peribahasa :
lain dahulu, lain sekarang
lembu punya susu, sapi dapat nama
menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
Jalil memarahi adiknya kerana tidak berani memukul remaja nakal itu sedangkan dia sendiri melarikan diri apabila berjumpa remaja nakal itu. Sikapnya ini seperti...
melepaskan anjing yang tersepit
anjing menyalak tiada menggigit
ibarat anjing dengan kucing
Sikap Leman bagai____________________kerana dia memberontak apabila ayahnya menyuruh dia membersihkan halaman rumah.
kambing dihalau ke air
musang berbulu ayam
kerbau dicucuk hidung
Qarina tidak boleh memberi alasan kepada ibunya lagi bahawa dia malas bersenam kerana segala alat kelengkapan senaman telah dibeli oleh ibunya. Situasinya ini ibarat...
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan
burung dalam sangkar, mata lepas badan terkurung
Kehidupan Encik Yunus ibarat______________kerana apabila dia diberhentikan kerja,isterinya pula terpaksa dimasukkan ke hospital kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.
alah bisa tegal biasa
telur di hujung tanduk
sudah jatuh ditimpa tangga
Perpaduan di negara kita tidak akan tercapai jika semua kaum mengutamakan kepentingan kaum masing-masing. Hal ini ibarat...
kalah jadi abu, menang jadi arang
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Azam Shaukath untuk berjaya dalam peperiksaan tahun ini ibarat______________kerana dia tidak bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran.
hangat-hangat tahi ayam
indah khabar dari rupa
indah ombak dari pantai
Setiap orang perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki dalam hidup kerana rezeki tidak akan datang dengan sendiri. Penyataan ini bertepatan dengan peribahasa..
mendengar guruh di langit,air di tempayan dicurahkan
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
laut mana yang tidak berombak,bumi mana yang tidak ditimpa hujan
Sesuatu perkara yang tidak biasa dilakukan jika dilakukan selalu akan menjadi kebiasaan seperti peribahasa...
alah bisa tegal biasa
berpatah arang berkerat rotan
burung terbang dipipiskan lada
Walaupun Ahmad hanya belajar di sekolah yang biasa, tetapi dia mampu mendapat semua A dalam peperiksaan SPM kerana...
ukur baju di badan sendiri
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
kalau asal benih yang baik,jatuh ke laut menjadi pulau
Putera Mateen menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul dengan remaja sebayanya dengan bebas ibarat...
bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
berat mata memandang,berat lagi bahu memikul
burung dalam sangkar,mata lepas badan terkurung
Tan Sri Alexander Harris telah kembali berkhidmat di kampung halamannya sebagai seorang wakil rakyat setelah lama berkhidmat sebagai duta di luar negara.Hal ini bertepatan dengan peribahasa:
seperti kera mendapat bunga
seperti ikan pulang ke lubuk
seperti itik pulang petang
Sikap Emran yang telah membeli segala persiapan untuk masuk ke universiti walaupun keputusan UPU masih belum diketahui ibarat...
satu sangkar dua burung
burung terbang dipipiskan lada
harapkan burung terbang tinggi,punai di tangan dilepaskan
Walaupun Badrul dan Badrin merupakan pasangan kembar, namun watak mereka jauh berbeza ibarat...
mentimun dengan durian
anjing dengan kucing
langit dengan bumi
Segala janji manis wakil rakyat itu ........... kerana setelah mendapat jawatan Yang Berhormat, beliau tidak lagi datang memberi perkhidmatan.
bagai anjing menyalak bukit
bagai menanam tebu di bibir
bagai menyusu kera di hutan
Mohamad Zuhael merupakan ___________________ pasukan bola sepak Daerah Manjung peringkat sekolah menengah.
ayam tambatan
lipas kudung
lintah darat
Para pekerja lombong arang batu itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja di dalam lombong ibarat......
bagai abu di atas tunggul
bagai telur di hujung tanduk
bagai hujan jatuh ke pasir
Yasmin Zafira tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya kerana dia yakin......
bagaimana acuan begitulah kuihnya
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
duduk sama rendah berdiri sama tinggi
Huzaifah dan Al Qayyum yang tidak pernah ke luar negara tercengang-cengang apabila tiba di Bandar Raya Kaherah seperti......
ayam disambar helang
kera mendapat bunga
rusa masuk kampung
Abang Safian ........ kerana kamera yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.
bagai tikus membaiki labu
bagai gagak pulang ke benua
bagai harimau menyembunyikan kukunya