20 questions
(Proses pembentukan negara bangsa Kerajaan Alam Melayu mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap)
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah ciri-ciri negara bangsa Kerajaan Alam Melayu sebelum kedatangan Barat?
A Kedaulatan
B Lambang negara
C Wilayah pengaruh
D Permuafakatan
Undang-undang merupakan aspek penting dan dijadikan panduan dalam pentadbiran sebelum kedatangan barat.
Apakah kepentingan undang-undang dalam Kerajaan Alam Melayu?
A Menjamin keamanan negara
B Mengelakkan malapetaka
C Mengukuhkan persahabatan
D Memajukan negara
Gambar di atas ialah inskripsi telaga batu yang terdapat dalam kerajaan Srivijaya.
Apakah kepentingan inskripsi tersebut
A Lambang negara
B Lambang keamanan
C Menunjukkan perpaduan
D Menunjukkan kesetiaan
Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar adalah wilayah Melaka pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Bagaimanakah wilayah berikut diperolehi?
A Melalui peperangan
B Melalui perjanjian
C Melalui perkahwinan
D Melalui pajakan
Sultan memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada pembesar berempat.
kawasan ini dikenali sebagai
A Kawasan pemakanan
B Kawasan jual beli
C Kawasan pelabuhan
D Kawasan pegangan
Sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua peringkat iaitu pentadbiran pusat dan peringkat jajahan.
Siapakah pembesar pentadbiran di peringkat pusat?
A Syahbandar
B Bendahara
C Penghulu
D Bentara
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kemudahan sistem kewangan yang sistematik untuk urusan perdagangan.
Apakah tanggungjawab syahbandar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?
A Mengutip cukai
B Ketua turus tentera
C Panglima tentera laut
D Menguruskan perbendaharaan
Undang-undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa orang nakhoda seperti Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Ishak.
Siapakah yang memperkenankan undang-undang ini?
A Sultan Muzaffar Syah
B Sultan Mansur Syah
C Sultan Alauddin Syah
D Sultan Mahmud Syah
Fasal 6.3: Nahkoda menentukan jumlah cukai terhadap penumpang
Berapakah kadar cukai tersebut?
A 2/10
B 3/10
C 1/10
D 4/10
Menghadiri majlis umum seperti gotong-royong, pengayuh atau pendayung kapal.
Amalan berikut berkaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah nilai yang dapat ditonjolkan oleh rakyat dalam pemerintahan tersebut?
A Pengorbanan
B Kesetiaan
C Keberanian
D Toleransi
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelbagai lambang kebesaran seperti nobat dan adat istiadat.
Apakah kepentingan lambang kebesaran tersebut?
A Membuktikan keturunan raja
B Menunjukkan kedaulatan raja
C Menggambarkan kemewahan raja
D Menandakan kawasan pemerintahan
Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
Memastikan adat istiadat dipatuhi
Memastikan sistem warisan terpelihara
Mempertahan sistem perundangan tempatan
Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja
Kerajaan manakah yang mewarisi ciri-ciri negara bangsa kepada Kesultanan Melayu Melaka?
A. Kerajaan Srivijaya
B. Kerajaan Majapahit
C. Kerajaan Johor-Riau
D. Kerajaan Kedah Tua
Berikut merupakan ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu kecuali
A. Raja
B. Kedaulatan
C. Wilayah Pengaruh
D. Undang-undang
X merupakan wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka sama ada melalui perkahwinan atau persahabatan.
X ialah_____________________
A. Perolehan wilayah melalui perkahwinan
B. Wilayah taklukan
C. Wilayah naungan
D. Wilayah pegangan
Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
Berdasarkan penyataan di atas, kesemua dibawah merupakan alat kebesaran Diraja kecuali...
A. Cop Mohor
B. Alat Regalia
C. Kereta Kuda
D. Nobat
Sultan Melaka memberikan memberikan kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat. Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai____________________
A. Kawasan Pegangan
B. Kawasan Milikan
C. Kawasan Pengaruh
D. Kawasan Naungan
Raja bertanggungjawab memberikan perlindungan politik dan jaminan keselamatan kepada rakyatnya.
Bagaimanakah rakyat membalas tanggungjawab tersebut
Memberi tanah
Menjalankan khidmat raja
Memberikan taat setia
Menjadi hamba raja
Mengapakah karya berikut amat penting dalam sejarah Kesultanan Melayu
-Tun Sri lanang: sejarah Melayu atau sulalatus salatin
Mengandungi undang-undang Melaka
Menunjukkan karya kesusasteraan
Menjadi panduan pemerintahan kini
Membuktikan keislaman kerajaan
Tokoh berikut memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Melayu.
-Maulana Abu Bakar
Apakah tugas beliau
Menjalankan hukum Islam
Menasihati Sultan
Memungut zakat
Menentukan tarikh Hari Raya