30 questions
Berikut adalah keistimewaan Khulafa Ar-rasyidin , KECUALI :
Sentiasa berdamping dengan Rasulullah sewaktu hidup baginda
Corak pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah
Mempunyai hubungan yang jauh dengan Rasulullah
Menitikberatkan konsep syura yang diwarisi daripada Rasulullah
Lokasi perbincangan dan penggubalan dasar pemerintahan dan pentadbiran pusat bagi kerajaan Khulafa' Ar-Rasyidin ialah
Mekah
Masjid Nabawi
Yaman
Mesir
Ciri kepimpinan Khulafa al-Rasyidin ialah
golongan yang pandai
pemerintahan bercorak warisan
bersedia menerima pandangan rakyat
menggunakan harta negara untuk kepentingan sendiri.
Khalifah al-Rasyidin yang pertama ialah
Saidina Abu Bakar al-Siddiq
Saidina Umar al-Khattab
Saidina Uthman bin Affan
Saidina Ali bin Abi Talib
Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai Saidina Abu Bakar al-Siddiq kecuali
orang yang memerangi golongan nabi palsu
orang yang mula-mula memeluk agama Islam
sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah SAW
orang yang terlibat dalam membukukan Al-Quran
Berikut merupakan ciri kepimpinan Saidina Umar b Khattab r.a. kecuali
Adil
Tegas
Cekap
Berilmu
Berikut antara bukti kecekalan Saidina Umar bin Al-Khattab kecuali
Menubuhkan Majlis Syura
Mengemas kini Baitul Mal
Membahagikan wilayah Islam kepada beberapa bahagian
Memerangi golongan nabi palsu, golongan murtad dan enggan membayar zakat
Antara berikut adalah pencapaian Saidina Umar r.a dalam aspek sosial
Menubuhkan angkatan tentera laut
Meneruskan kutipan jizyah terhadap kafir zimmi.
Memperkenalkan undang-undang pentadbiran tanah.
Berjaya memerangi golongan yang enggan membayar zakat
Berikut adalah sifat peribadi Saidina Umar al-Khattab kecuali
digelar al-Siddiq kerana membenarkan kata-kata Rasulullah SAW.
berani dan tidak gentar dalam menegakkan agama Islam
sangat mengambil berat tentang hal ehwal rakyat
tegas dan berani menegakkan keadilan
Antara sumbangan khalifah Umar al-Khattab r.a semasa menjadi khalifah
Memerangi orang yang enggan membayar zakat
Membiayai aktiviti pemgumpulan tulisan al-Quran
Menyumbang harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
Menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran
Kuttab yang didirikan pada zaman Saidina Umar khusus sebagai tempat belajar untuk golongan
Buta huruf
Bangsawan
Kanak-kanak
Orang kurang upaya
Khalifah al-Rasyidin yang ketiga ialah
Saidina Abu Bakar al-Siddiq
Saidina Uthman b Affan
Saidina Umar al-Khattab
Saidina Ali b Abi Talib
Berikut adalah sifat peribadi Uthman bin Affan kecuali
Seorang yang zuhud dan dermawan
Berani menegakkan kebenaran
Tegas dan bertanggungjawab
Suka kepada kemewahan
Saidina Uthman bin Affan digelar
Al-Siddiq
Al-Faruq
Zu Nurain
Hujjatul Islam
Antara ciri kepimpinan Saidina Uthman bin Affan r.a ialah
Tegas
Berilmu
Inovatif
Cekap
Antara sumbangan Saidina Uthman bin Affan r.a dalam bidang ketentaraan ialah
membuka Baitul Maqdis, Palastine dan Mesir.
berjaya mematahkan pemberontakan dan penaklukan
menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama
Menyebarkan dakwah Islam sehingga ke wilayah Rom dan Parsi
Ciri kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Talib ialah memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang sehingga dilantik sebagai
Pensyarah di Iraq
Hakim di Yaman
Ketua Negara di Madinah
Ulama di Mekah
Saidina Abu Bakar tegas dalam memerangi golongan yang berikut kecuali
Murtad
Nabi palsu
Lari dari medan perang
Enggan membayar zakat
Saidina Abu Bakar mengarahkan Zaid bin Thabit menghimpunkan tulisan ayat al-Quran kerana
Percanggahan bacaan dalam al-Quran
Ramai sahabat telah berpindah ke tempat lain
Tulisan al-Quran banyak yang hilang
Ramai penghafaz al-Quran terkorban dalam peperangan Yamamah
Dalam bidang politik, Khalifah ____________ membuka wilayah baharu Islam disebahagian wilayah Iraq dan Syam.
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar al-Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah ________________ berjaya mematahkan pemberontakan dan penakhlukan serta meluaskan kuasa wilayah Islam hingga ke Rom, Mesir dan Afrika Utara serta menawan Pulau Cyprus.
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar al-Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Umar memperkenalkan pelbagai cukai baharu seperti ___________ dan Kharaj
Jizyah
Usyur
Fai
Ghanimah
Khalifah _______________ meneruskan kutipan Jizyah yang dikenakan terhadap golongan Zimmi
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar bin al-Khattab
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah _____________ Mengasaskan takwim Islam sebagai asas permulaan pengiraan tahun Hijrah
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar bin Affan
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah _____________ membina kemudahan awam seperti tali air untuk kemudahan pertanian.
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar bin Affan
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah _____________ membuka Baitulmakdis, Palestin dan Mesir.
Khalifah Abu Bakar
Khalifah Umar bin Affan
Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Umar memajukan sistem pengairan dan saliran melalui pembinaan terusan ______________ di Mesir.
Nil
Tigris
Suez
Amirul Mukminin