No student devices needed. Know more
25 questions
Proses manakah yang terlibat dalam pergerakan molekul air dari tanah ke dalam akar rambut tumbuhan? (SPM 2014, NO 3)
Resapan berbantu
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Osmosis
Satu eksperimen menunjukkan membran plasma sel darah merah hilang bentuk apabila direndam dalam larutan 1.5% natrium klorida. Apakah yang menyebabkan sel darah merah berubah bentuk? (SPM 2015, NO 5)
Air meresap ke dalam sel melalui resapan.
Air meresap keluar dari sel melalui osmosis.
Natrium klorida meresap ke dalam sel melalui pengangkutan aktif.
Natrium klorida meresap keluar dari sel melalui resapan berbantu.
Penyataan berikut adalah ciri-ciri bagi suatu proses:
Pergerakan molekul atau ion
Memerlukan tenaga drpd ATP
Menyebabkan pengumpulan atau penyingkiran molekul atau ion drpd sel
Apakah proses tersebut? (SPM 2015, N0 7)
Osmosis
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Resapan berbantu
Proses menunjukkan pergerakan ion mineral melalui proses X dalam akar tumbuhan.
Apakah proses X? (SPM 2017, NO 4)
Osmosis
Pengangkutan aktif
Resapan ringkas
Resapan berbantu
Rajah menunjukkan satu eksperimen.
Namakan proses yang berlaku dalam eksperimen tersebut.
(SPM 2018, NO 3)
Resapan ringkas
Osmosis
Pengangkutan aktif
Resapan berbantu
Antara berikut, penyataan manakah BENAR tentang pergerakan bahan berwarna hijau?
(SPM 2018, NO 4)
i. melalui protein liang
ii. menggunakan pengangkutan aktif
iii. tidak memerlukan tenaga
iv. melawan cerun kepekatan
i dan ii
i dan iii
ii dan iv
iii dan iv
Apabila ujian iodin diuji pada larutan di dalam bikar, didapati warna perang iodin adalah kekal.
Namun begitu, apabila ujian iodin diuji pada larutan di dalam tiub visking, didapati warnanya menjadi biru tua.
Berdasarkan keputusan di atas, apakah ciri yang ditunjukkan oleh tiub visking? (SPM 2018, no 5)
kurang telap
separa telap
tidak telap
telap sepenuhnya
Seorang petani mendapati tanamannya layu selepas menggunakan sejenis baja. Apakah yg perlu dia lakukan utk mengatasi masalah itu? (SPM 2012, NO 6)
Menukar kepada baja jenis lain
Menambah garam pada tanah
Menambah lebih banyak baja
Menyiram pokok-pokok itu
Seorang suri rumah mendapati bahawa hirisan timun menjadi lembik apabila direndam ke dalam larutan garam. Proses manakah yang menyebabkan hirisan timun itu menjadi lembik? (SPM 2012, NO 7)
Air meresap masuk ke hirisan timun secara osmosis
Air meresap keluar daripada hirisan timun secara osmosis
Garam memasuki hirisan timun secara pengangkutan aktif
Garam keluar daripada hirisan timun secara pengangkutan aktif
Apakah yang berlaku kepada eritrosit apabila direndam dalam air suling? (SPM 2013, NO 5)
Meletus
Segah
Flasid
Krenasi
Air suling meresap masuk ke dalam jalur ubi kentang & menyebabkan pertambahan jisim. Apakah proses yang terlibat? (SPM 2013, NO 6)
Resapan berbantu
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Osmosis
Rajah menunjukkan keadaan sel darah merah selepas mengalami proses X. Apakah proses X? (SPM 2015, N0 6)
Krenasi
Plasmolisis
Hemolisis
Deplasmolisis
Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji osmosis iaitu larutan garam pekat telah diletakkan di dalam lekukan ubi kentang. Kemudian, ubi kentang tersebut telah diletakkan di dalam piring petri berisi air suling. Apakah pemerhatian selepas 30 minit? (SPM 2016, N0 5)
Aras air dalam piring petri itu menurun
Aras air dalam piring petri itu meningkat
Aras larutan garam dalam ubi kentang menurun
Aras larutan garam dalam ubi kentang kekal sama
Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku apabila suatu sel direndam dalam larutan isotonic? (SPM 2016, N0 6)
Molekul air meresap keluar dari sel
Molekul air meresap dari luar ke dalam sel
Molekul air meresap ke dalam dan ke luar sel pada kadar yang sama
Molekul air meresap ke dalam dan ke luar sel pada kadar yang berbeza
Apakah proses yang berlaku apabila sel darah merah direndam dalam larutan hipertonik?
Krenasi
Hemolisis
Plasmolisis
Deplasmolisis
Rajah menunjukkan sel tumbuhan yang direndam di dalam air suling.
Apakah proses X? (SPM 2010, no 4)
Resapan berbantu
Resapan ringkas
Pengangkutan aktif
Osmosis
Rajah menunjukkan satu bahan bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid membrane plasma. Apakah bahan ini? (SPM 2010, no 2)
oksigen
glukosa
ion natrium
asid amino
Maklumat berikut menerangkan sejenis pergerakan molekul-molekul merentasi membran plasma.
' Molekul bergerak mengikut kecerunan kepekatan dengan bantuan protein pembawa dan tidak memerlukan tenaga.'
Apakah jenis pergerakan ini? (SPM 2011, no 5)
Osmosis
Pengangkutan aktif
Resapan ringkas
Resapan berbantu
Rajah menunjukkan aras awal bagi 20% larutan sukrosa di dalam satu tiub kapilari pada permukaan eksperimen.
Rajah manakah yang menunjukkan keputusan yang BETUL pada akhir eksperimen?
(SPM 2012, no 5)
Rajah menunjukkan keadaan satu sel tumbuhan yang segar yang mula-mula direndam di dalam larutan sukrosa 20% selama 30 minit dan kemudian direndam di dalam air suling selama 30 minit.
Urutan manakah yang BETUL bagi perubahan di dalam sel itu?
(SPM 2011, no 6)
Rajah menunjukkan graf peratusan sel bayam yang mengalami plasmolisis apabila direndam di dalam larutan sukrosa yang berbeza kepekatan.
Antara kepekatan larutan sukrosa A, B, C dan D, yang manakah isotonik pada sel bayam? (SPM 2011, n0 7)
A
B
C
D
Jadual menunjukkan panjang awal dan panjang akhir jalur ubi kentang selepas direndam dalam larutan sukrosa yang berbeza kepekatannya.
Larutan manakah Adalah larutan hipertonik? (SPM 2013, no 7)
P
Q
R
S
Sepotong batang sawi hijau telah direndam di dalam larutan sukrosa 30%.
Pemerhatian manakah BETUL selepas satu jam? (SPM 2014, n0 4)
Rajah menunjukkan graf bagi kadar pengecutan vakuol mengecut.
Dalam satu eksperimen, Amoeba sp. diletakkan dalam larutan X dengan kepekatan yang berbeza. Kepekatan A, B, C dan D bagi larutan X yang manakah sama dengan kepekatan osmosis Amoeba sp. ? (SPM 2016, no 3)
A
B
C
D
Rajah menunjukkan keadaan satu sel sebelum dan selepas direndam dalam larutan Y.
Apakah larutan Y dan proses yang terlibat?
(SPM 2017, no 5)
Larutan Y: hipotonik
Proses: plasmolisis
Larutan Y: hipertonik
Proses: plasmolisis
Larutan Y: hipotonik
Proses: deplasmolisis
Larutan Y: hipertonik
Proses: deplasmolisis
Explore all questions with a free account