40 questions
Kata Kerja terbahagi kepada dua
YA
TIDAK
Kata Kerja Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif ialah dua jenis golongan Kata Kerja utama
YA
TIDAK
Dalam struktur Kata Kerja Aktif, pelaku @ subjek didahulukan dalam susunan ayat.
YA
TIDAK
Imbuhan bagi Kata Kerja Transitif Pasif terdiri daripada men-, di... - oleh, ter-.
YA
TIDAK
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap (KKTTTB) tidak memerlukan pelengkap untuk melengkapkan susunan ayat.
YA
TIDAK
Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap (KKTTTB) memerlukan keterangan untuk melengkapkan susunan ayat.
YA
TIDAK
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap (KKTTB) jika ditambah keterangan akan menjadi kesalahan dalam susunan ayat.
YA
TIDAK
Dalam struktur Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap (KKTTB),pelengkap dan keterangan ialah unsur yang sama dalam susunan ayat.
YA
TIDAK
(Adik Natasha bermain di taman permainan) ialah ayat yang menggunakan Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap (KKTTB).
YA
TIDAK
Kata Kerja Tak Transitif sama ada KKTTTB (Tak Berpelengkap) @ KKTTB (Berpelengkap), kedua-duanya boleh dipasifkan.
YA
TIDAK
Perkataan pulang, tidur, tersenyum,berbual ialah Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap (KKTTB)
YA
TIDAK
Kata Kerja Tak Transitif ialah Kata Kerja yang tidak mempunyai unsur yang kena buat
YA
TIDAK
Perkataan 'dimaklumkan' merupakan Kata Kerja Transitif Pasif.
YA
TIDAK
Transitif ialah penyambut @ benda yang kena buat.
YA
TIDAK
Ayat 'Kami membaiki kereta kesayangan ayah.' jika dipasifkan menjadi 'Kereta kesayangan ayah dibaiki oleh kami.'
YA
TIDAK
Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
YA
TIDAK
Ayat aktif apabila dipasifkan tidak melibatkan perubahan imbuhan, hanya melibatkan pertukaran kedudukan subjek dan objek sahaja.
YA
TIDAK
Dalam ayat (Keadaan ayahnya yang demam itu beransur pulih), pulih ialah pelengkap Kata Kerja.
YA
TIDAK
Semua Kata Kerja Dasar seperti (makan,tinggal,mandi,pulang,tidur) boleh hadir sama ada dalam KKTTTB (Tak Berpelengkap) @ KKTTB (Berpelengkap)
YA
TIDAK
Imbuhan 'ter-' boleh hadir dalam kedua-dua ayat Kata Kerja Transitif Aktif dan Kata Kerja Transitif Pasif.
YA
TIDAK
'Bermain-main di luar rumah adik Amirul' ialah ayat songsang yang mengalami pendepanan Frasa Kerja.
YA
TIDAK
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap (KKTTB) menggunakan Frasa Nama (FS), Frasa Adjektif (FA), Frasa Kerja (FK) dan Frasa Sendi (FS) sebagai pelengkap bagi melengkapkan susunan ayat.
YA
TIDAK
Sekiranya pelengkap dalam ayat Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap digugurkan, susunan ayat akan tidak lengkap dan tidak gramatis.
YA
TIDAK
Unsur Keterangan dalam ayat Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap (KKTTTB) bukan bemaksud melengkapkan ayat.
YA
TIDAK
Ayat Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap (KKTTB) boleh disongsangkan.
YA
TIDAK
Ketua pasukan Rumah Merah ____ piala yang dimenangi pada hari sukan.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
Pak Kasim _____ sebuah lubang yang besar untuk menimbus bangkai haiwan.
mengais
menggali
mengorek
mencakar
Penjual itu sedang _____ berat seekor ayam yang hendak dibeli oleh pelanggannya.
menghitung
menimbang
menyukat
mengira
Murid itu _____ pintu sebelum masuk ke dalam bilik guru besar.
menepuk
menampar
mengetuk
menjentik
Para nelayan _____ jala yang rosak pada musim tengkujuh.
menyulam
menyirat
menenun
menampal
Longkang di kawasan perumahan itu _____ akibat pembuangan sampah sarap.
terbengkalai
terbantut
tersumbat
terhenti
Kakak sedang ____ ayam menggunakan ketuhar automatik manakala ibu sedang menggoreng sayur.
membakar
menjerang
menyalai
memanggang
Pelayan restoran ______ dulang yang berisi minuman dengan berhati-hati.
menjunjung
menjinjing
menatang
memikul
Datuk sedang ____ semak samun di belakang rumah dengan menggunakan parang.
memotong
menebas
mengerat
menyabit
Kapal persiaran mewah itu ____ di Pelabuhan Kemaman sebelum meneruskan perjalanan ke Thailand.
berlabuh
berhenti
bersauh
bersiar
Datuk saya ____ perniagaan runcit secara kecil-kecilan di kampung.
menaja
menjalankan
mengadakan
mengoperasikan
Simon ____ di hadapan pintu rumah sementara menunggu ibunya membukakan pintu.
terpaku
tercegat
terduduk
terdiam
Pesilat itu ____ sebilah keris di pinggangnya sebelum memasuki gelanggang.
menggantungkan
menyangkutkan
meletakkan
menyisipkan
Kampung Pertiwi dengan Kampung Teluk Sepoi ____ oleh sebatang sungai yang dalam.
terpecah
terbahagi
terpisah
terbeza
Banduan itu terpaksa ____ di dalam penjara selama sepuluh tahun akibat kesalahan merompak dengan niat.
menginap
meringkuk
menetap
menumpang