No student devices needed. Know more
20 questions
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.
Membuka pekung di dada
Menepuk air didulang terpercik ke muka sendiri
Sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi
Seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
burung terbang dipipiskan lada
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
lain dulang lain kakinya
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
habis madu, sepah dibuang
tiada rotan akar pun berguna
Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah.
burung terbang dipipiskan lada
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
menahan lukah di pergentingan
lembu dogol jangan dibalun
seperti cincin terlekat dijari
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
Penduduk kampung Seronok sentiasa menghadapi susah dan senang bersama-sama ibarat kata peribahasa ___________________
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
ulat lupa akan daun
bagai dakwat dengan kertas
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
Walaupun Tan Sri Aliff kaya dan berpengaruh dalam masyarakat, namun beliau tetap merendah diri dan sering bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat bak kata peribahasa____________________
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.
bagai dakwat dengan kertas
lain dulang lain kakinya
tanduk bersendi gading
Isi tempat kosong dalam petikan di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
Sikap Marissa yang melupakan jasa ibu angkatnya tidak ubah seperti______________kerana dia sanggup melupakan ibu angkatnya apabila bertemu semula dengan ibu kandungnya.
ulat lupa akan daun
abu di atas tunggul
cincin terlekat dijari
gunting dalam lipatan
Explore all questions with a free account