Kuiz Biologi T4 Bab 7 : Respirasi Siri 1
Save
Edit
Host a game
Play LiveLive
Assign HW
Solo Practice
Practice
15 QuestionsShow answers
  • Question 1
    45 seconds
    Report an issue
    Q.

    Persamaan berikut menunjukkan respirasi anaerob dalam sel otot. Apakah S?

    answer choices

    Air

    Etanol

    Asid laktik

    Karbon dioksida

  • Question 2
    45 seconds
    Report an issue
    Q.

    Apakah yang berlaku pada struktur X dan Y semasa menarik nafas?

    answer choices

    X - Bergerak ke bawah dan ke dalam; Y - Mengecut

    X - Bergerak ke atas dan ke keluar; Y - Mengecut

    X - Bergerak ke bawah dan ke dalam; Y - Mengendur

    X - Bergerak ke atas dan ke keluar; Y - Mengendur

  • Question 3
    30 seconds
    Report an issue
    Q.

    Apakah tisu yang menyokong struktur X?

    answer choices

    Tulang

    Rawan

    Kitin

    Otot

  • Question 4
    45 seconds
    Report an issue
    Q. Mekanisme manakah yang akan berlaku jika nilai pH darah menurun?
    answer choices
    Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat.
    Kadar pernafasan dan ventilasi menurun.
    Kadar pernafasan menurun tetapi kadar ventilasi meningkat.
    Kadar pernafasan meningkat tetapi kadar ventilasi menurun.
  • Question 5
    30 seconds
    Report an issue
    Q.

    Rajah menunjukkan sebahagian daripada sistem respirasi seekor serangga. Yang manakah antara berikut proses yang berlaku di X?

    answer choices

    Osmosis

    Resapan

    Resapan berbantu

    Pengangkutan aktif

  • Question 6
    60 seconds
    Report an issue
    Q.

    Rajah menunjukkan situasi dalam pernafasan manusia. Antara berikut, yang manakah menunjukkan situasi yang tidak benar?

    answer choices

    X - Tekanan udara dalam rongga toraks bertambah;

    Y - Tekanan udara dalam rongga toraks berkurang

    X - Otot diafragma mengendur;

    Y - Otot diafragma mengecut

    X - Udara keluar;

    Y - Udara masuk

    X - Otot interkosta luar mengecut;

    Y - Otot interkosta luar mengendur

  • Question 7
    45 seconds
    Report an issue
    Q. Antara berikut yang manakah merupakan persamaan yang betul bagi respirasi di dalam sel otot?
    answer choices
    Glukosa --> Asid Laktik + Tenaga
    Glukosa --> Karbon Dioksida + Asid Laktik + Tenaga
    Glukosa + Oksigen --> Karbon Dioksida + Air + Tenaga
    Glukosa + Oksigen --> Karbon Dioksida + Etanol + Tenaga
  • Question 8
    45 seconds
    Report an issue
    Q.

    Rajah menunjukkan sistem respirasi seekor serangga. Antara bahagian berlabel A, B, C dan D di manakah berlakunya pertukaran gas?

    answer choices

    A

    B

    C

    D

  • Question 9
    60 seconds
    Report an issue
    Q.

    Rajah menunjukkan keratan memanjang alveolus dan kapilari darah. Apakah tekanan separa oksigen di R, S dan T ?

    answer choices

    R - Tinggi;

    S - Rendah;

    T - Tinggi

    R - Rendah;

    S - Tinggi;

    T - Rendah

    R - Tinggi;

    S - Rendah;

    T - Rendah

    R - Rendah;

    S - Tinggi;

    T - Tinggi

  • Question 10
    30 seconds
    Report an issue
    Q. Antara berikut, yang manakah persamaan bagi kedua-dua fotosintesis dan respirasi?
    answer choices
    Kedua-duanya menghasilkan tenaga
    Kedua-duanya menghasilkan air
    Kedua-duanya berlaku dalam sel hidup
    Kedua-duanya memerlukan oksigen
  • Question 11
    60 seconds
    Report an issue
    Q.

    Aras oksigen dalam darah seorang pendaki gunung jatuh di bawah aras normal semasa mendaki gunung. Proses manakah yang berlaku dalam sistem respirasinya untuk mengembalikan aras oksigen ke normal?


    I - pH darah menurun

    II - Kadar pernafasan dan ventilasi meningkat

    III - Otot interkosta mengecut dan mengendur dengan lebih lambat

    IV - Otot respirasi mengecut dan mengendur dengan lebih cepat

    answer choices

    I dan II

    I dan III

    II dan IV

    III dan IV

  • Question 12
    45 seconds
    Report an issue
    Q.

    Antara bahagian berlabel A, B, C dan D yang manakah membenarkan gas meresap masuk dan keluar dari daun ?

    answer choices

    A

    B

    C

    D

  • Question 13
    45 seconds
    Report an issue
    Q.

    Semasa aktiviti cergas, pengumpulan asid laktik yang tinggi berlaku. lndividu tersebut akan menyedut lebih oksigen untuk mengoksidakan asid laktik.


    Di manakah pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam badan?

    answer choices

    Sel otot

    Jantung

    Peparu

    Hati

  • Question 14
    30 seconds
    Report an issue
    Q.

    Yang berikut adalah masalah yang dihadapi oleh seorang perokok.


    - Laringitis ialah satu kesan menghisap rokok

    - Ia menyebabkan pertuturan menjadi susah dan menyakitkan


    Apakah yang menyebabkan ini berlaku?

    answer choices

    Tar

    Karbon monoksida

    Nikotin

    Haba dari asap rokok

  • Question 15
    45 seconds
    Report an issue
    Q. Rajah menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji respirasi dalam yis. Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas kimia yang berlaku?
    answer choices
    Glukosa + oksigen → karbon dioksida + air + tenaga
    Glukosa → karbon dioksida + air + tenaga
    Glukosa → karbon dioksida + etanol + tenaga
    Glukosa → asid laktik + air + tenaga
Report an issue
Why show ads?
Report Ad
Join a game