No student devices needed. Know more
20 questions
Jason berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu.
berazam sinonim dengan _________
bersatu
berpadu
bertekad
bersepakat
Puan Amna membalut kotak hadiah itu dengan kemas.
membalut sinonim dengan _______________________
membungkus
menyarung
mengurung
melipat
Rumah usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi.
usang sinonim dengan ______________________
uzur
lama
lusuh
reput
Ibu menyajikan kuih-muih kepada tetamu yang datang ke rumah.
menyajikan sinonim dengan ___________
menyiapkan
menghulurkan
menyediakan
menghidangkan
Tsunami telah memusnahkan banyak bangunan dan harta benda.
memusnahkan sinonim dengan ______________________
menghancurkan
membinasakan
menjatuhkan
meleburkan
Pokok kelapa di tepi rumah datuk sudah condong.
condong sinonim dengan _________
singkat
senget
bengkok
tumbang
Puan Aisyah menggilap dulang tembaga itu hingga berkilat.
menggilap sinonim dengan _______
menggosok
mengusap
menyental
memberus
Nenek memakai cermin mata kerana pandangannya sudah kabur.
kabur sinonim dengan _______
muram
suram
kelam
pudar
Swee Chin berasa kekok memakai kain batik itu.
kekok sinonim dengan __________
janggal
hairan
ganjil
pelik
Suasana pekan kecil itu lengang pada waktu malam.
lengang sinonim dengan __________
sunyi
suram
kelam
tenang
Susan menghayati lagu kegemarannya sambil memejamkan mata.
memejamkan antonim dengan _______
meluaskan
mencelikkan
menjernihkan
mengenyitkan
Ayah menggantikan tali ampaian yang kendur itu dengan yang baharu.
kendur antonim dengan __________
keras
lepas
tegang
panjang
Pendapatan para nelayan agak berkurangan semasa musim tengkujuh.
tengkujuh antonim dengan __________
kemarau
kering
hujan
luruh
Puan Lily menutup makanan yang terdedah itu dengan tudung saji.
terdedah antonim dengan ____________
tersembunyi
tersimpan
tertutup
tersorok
Raju menafikan tuduhan Beng Keong terhadapnya.
menafikan antonim dengan __________
merelakan
mengiakan
membiarkan
melemparkan
Tarikh tutup penyertaan pertandingan itu dilanjutkan sehingga minggu hadapan.
dilanjutkan antonim dengan ___________
disingkatkan
dikurangkan
dibuangkan
diluakkan
Elina berasa bahagia mendapat ibu bapa yang penyayang.
bahagia antonim dengan _____________
sedih
duka
derita
kecewa
Ammar Asyraf seorang yang sangat menepati masa.
menepati antonim dengan _______
mengingkari
memungkiri
menjauhi
melepasi
Skrip drama itu hanyalah khayalan penulis semata-mata.
khayalan antonim dengan __________________
cerita
realiti
fakta
kisah
Puan Seroja menanam beberapa rumpun serai di belakang rumahnya.
menanam antonim dengan ____________
menggali
menebas
mencabut
mengorek
Explore all questions with a free account