No student devices needed. Know more
15 questions
Yang manakah kata ganda yang Kedua-duanya merupakan kata adjektif?
Kusut-masai, porak-peranda
Pindah-randah, remuk-redam
Bolak-balik, pontang-panting
Mundar-mandir, tunggang-langgang
Pilih ayat yang tidak menggunakan kata sendi nama pada dengan tepat.
Wang itu ada pada saya.
Pakaian tersangkut pada sebatang kayu.
Para pekerja itu datang tepat pada masanya.
Mereka dibahagikan pada dua kumpulan kecil.
Semua pernyataan yang berikut benar tentang morfem, kecuali
tidak semua morfem terdiri daripada kata
merupakan unsur dalam pembentukan kata
unit tatabahasa yang terkecil yang bermakna
dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil yang ada makna
Yang manakah ayat yang menunjukkan penggunaan kata sampai sebagai kata sendi nama?
Pendapatannya tidak sampai RM 1000 sebulan
Hampir setiap hari pelajar itu sampai lewat ke sekolah.
Anak-anaknya belajar sampai peringkat Menara gading.
Galah itu tidak sampai untuk menjolok buah mempelam yang tinggi itu.
Yang manakah pasangan yang betul antara bentuk kata dengan contoh perkataannya?
Belantara (kata terbitan), Hulubalang ( kata majmuk)
Kelengkeng (kata terbitan), Ketua Menteri (kata majmuk)
Pelanggan (kata terbitan), baju besi (kata majmuk)
Musyrikin (kata terbitan), Warganegara (kata majmuk)
Yang manakah ayat yang mengandungi kata arah?
Tiada bezanya bajuku dengan bajumu.
Mereka akan berangkat apabila tiba masanya.
Dia mengulang kaji pelajaran hingga larut malam.
Pemain-pemain badminton telah bersedia di dalam gelanggang.
Yang manakah ayat yang menggunakan kata tugas dengan betul?
Di waktu pagi, burung berterbangan riang.
Menara Kembara Petronas itu tinggi amat.
Dia rindu dengan ibunya yang masih tinggal di kampung.
Adalah dimaklumkan borang permohonan tuan sudah diterima.
Pengguguran semua imbuhan pada perkataan yang berikut akan Mengubah golongan katanya, kecuali
Berprasangka
Bermaharaja
Bertatasusila
Bertatatertib
Yang manakah perkataan yang dapat dimasukkan dalam dua golongan kata?
Pernah
Kerana
Melalui
Sungguh
Yang mana ayat yang menggunakan kata sendi dengan betul?
Pada siapakah soalan itu harus diajukan?
Peristiwa itu masih kekal dalam ingatanku.
Guru itu sangat mengambil berat tentang para pelajarnya.
Tiada berlaku perbalahan di antara penduduk kampung itu.
Perkataan yang manakah yang merupakan kata terbitan?
Terjemah
Berdikari
Keruping
Perkara
Pilih ayat yang mengandungi frasa keterangan tujuan.
Pak Shahrul memotong kayu itu dengan gergaji.
Peraturan diadakan di kolej untuk kepentingan pelajar.
Pelajar itu menegur kesilapan kawannya dengan amat kasar.
Kerajaan membina lebuh raya untuk mempercepat urusan rakyat.
Kereta baharu kepunyaan anak bekas Pengarah syarikat perkapalan rosak teruk dalam kemalangan itu.
👉 Yang manakah pola yang betul bagi ayat di atas?
FN + FS
FN + FN
FN + FK
FN + FA
Yang manakah contoh ayat nafi yang betul?
Lim Kim bukan pelajar kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu Sabah.
Jiran baharu saya itu bukan sombong.
Pemenang peraduan itu tidak dari Sabah.
Hadiah yang diberikan itu tidak untuk sepupunya.
Ayat yang manakah yang mengandungi kata adjektif bersisipan?
Luka di telapak tangan Issac tidak parah.
Bau yang semerbak datang daripada sekumpulan gadis.
Ketibaan Pengarah syarikat diiringi dengan alunan seruling.
Oleh sebab sudah lama tidak dibersihkan, tembok itu berkelupas.
Explore all questions with a free account