No student devices needed. Know more
60 questions
Berikan maksud peribahasa di bawah:
Seperti hujan jatuh ke pasir
masa yang dibuang begitu sahaja
kebaikan yang todak diberi penghargaan
nasihat yang tidak dihargai
perkara yang memalukan
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud peribahasa di bawah:
Sesuatu perkara biasanya dilebih-lebihkan daripada keadaan sebenarnya.
Indah khabar daripada rupa
burung terbang dipipiskan lada
orang mengantuk disorongkan bantal
Bagai anak ayam kehilangan ibu
Berikan maksud peribahasa di bawah ini:
Seperti kaca terhempas ke batu
Mengemukakan pendapat dan lain-lain sesudah perkara diputuskan
Perasaan yang sangat sedih atau kecewa
kerja sudah siap tetapi masih diperbualkan atau bersungut.
Sekali tertipu atau kerugian tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud dalam ayat-ayat tersebut:
Keadaan yang sentiasa terancam dan tidak selamat.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
Belakang parang jika diasah lagikan tajam
Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betina
Seperti abu di atas tunggul
Kemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa yang diberi:
Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.
Biar mati anak, jangan mati adat
Budi bahasa amalan kita
Yang lama dikelek, yang baharu didukung
Adat manusia, yang jauh tinggal-tinggalkan
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud peribahasa di bawah:
Bernasib malang kerana gagal dalam sesuatu perkara, tetapi yang sudah ada di tangan hilang pula.
Lepas mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Ditelan mati emak, diluah mati bapa
Bagai menjolok sarang tebuan
Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maka peribahasa di bawah:
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.
Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga
Melepaskan anjing tersepit
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau jua
Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai
Berikan maksud peribahasa yang bersesuaian dengan peribahasa di bawah:
Ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semua
jika seorang mendapat kesusahan, yang lain turut sama merasakannya.
Perlu mengikut adat dan kepercayaan tempat kita berada pada masa itu.
Hendaklah bersiap sedia dan beringat-ingat sebelum mendapat kesusahan.
Hendaklah merebus telur terlebih dahulu sebelum memakannya
Baca dialog di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
"Kita mestilah berikhtiar untuk menyelamatkan rakan-rakan kita yang tersesat di dalam hutan itu," kata Mira kepada Filzah
Bertepuk sebelah tangan, manakan berbunyi
Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga
Mencari jalan
Mencari akal
Nyatakan peribahasa yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa berikut:
Bagai hempedu lekat di hati
bagai mencurah air ke daun keladi
bagai isi dengan kuku
bukit sama didaki, lurah sama dituruni
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
1) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak
BAPAK BOREK ANAK RINTIK
KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA
TIKUS MEMBAIKI LABU
2) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan kehidupan bermasyarakat
HIDUP SANDAR-MENYANDAR, BAGAI AUR DENGAN TEBING
BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT
BAGAI PINANG DIBELAH DUA
BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
3) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan hubungan seseorang yang rapat atau persahabatan yang erat
BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA
BAGAI ISI DENGAN KUKU
BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS
BAGAI AUR DENGAN TEBING
4) Peribahasa yang BUKAN menggambarkan perbuatan melakukan sesuatu kerja dengan bersungguh-sungguh sehingga selesai
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN
BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG
ALANG-ALANG BERMINYAK BIAR LICIN
5) Peribahasa seerti dengan IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI, PECAH SEMUA
SEEKOR KERBAU MEMBAWA LUMPUR HABIS SEMUA TERPALIT
RUSA MASUK KAMPUNG
BERTELUR SEBIJI, RIUH SEKAMPUNG
KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA
8) Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT
UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA AKAN JATUH KE TANAH JUA
SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA PASTI MENJADI KAIN
9) Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja
BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS
MASUK TELINGA KANAN, KELUAR TELINGA KIRI
IBARAT MENCURAH AIR KE DAUN KELADI
MENCURAH GARAM KE LAUT
Nasi sudah menjadi bubur
Hukuman yang muktamad
Kerja dikongsi, untung diambil sendiri
Serba tidak sempurna
Sudah terlanjur
Antara berikut peribahasa yang hampir sama maknanya dengan peribahasa "kais pagi, makan pagi "
Kain tersangkut, kain tinggal
Kain tak cukup sebelit pinggang
Kais dulu maka makan
Kain sehelai sepinggang habis
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.
Anak wayang
Ringan tulang
Bagai menatang minyak yang penuh
Anak ghara
Terangkan maksud peribahasa " seperti kera kena belacan"
Orang yang menurut kemahuan orang besar atau orang pandai.
Melakukan pekerjaan dengan pantas
Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
Tidak boleh duduk diam
Setelah berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya. Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas
sedangkan lidah lagi tergigit.
bagaikan anak ayam kehilangan ibu
keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang
Terangkan maksud peribahasa " sudah jatuh ditampa tangga"
Setelah ditipu atau mendapat sesuatu kemalangan, barulah hendak beringat atau berjaga-jaga
Seseorang yang malang, berturut-turut mendapat kesusahan
Seseorang yang malas berusaha, pasti hidupnya susah
Seseorang yang membuat kesalahan, semua orang terlibat sama
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat di bawah.
Puan Hasnita berasa gembira kerana akhirnya kedua-dua orang anaknya sudah berbaik semula setelah berbulan- bulan berselisih faham. Hal ini diibaratkan
pahit dahulu, manis kemudian
hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah
kecil api menjadi kawan, besar
menjadi lawan
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Peribahasa "pukul anak sindir menantu" bermaksud
membuat dua kerja sekali gus
memburuk-burukkan nama baik keluarga
mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya kata-kata itu ditujukan kepada orang lain
mencela orang lain tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi
Sikap Karina memanjakan Anisah jadikan anaknya itu semakin ____________ dan tidak mahu berusaha sendiri.
batu api
banyak lemak
batu loncatan
bangkai bernyawa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.
Hubungan yang erat antara Hui Beng dengan Zarinah menyebabkan mereka sering diperhatikan bersama-sama tidak kira di mana-mana sahaja. Hubungan antara mereka itu tepat dengan peribahasa
Bagai aur dengan tebing
Bagai dakwat dengan kertas
Seperti cincin dengan permata
Bagai mentimun dengan durian
Rubiah berasa _______________ kerana dipilih untuk mewakili kelasnya dalam pertandingan perbahasan. Peribahasa yang paling sesuai ialah
berat hati
besar hati
iri hati
ambil hati
Antara berikut, yang manakah merupakan maksud peribahasa " bagai pungguk rindukan bulan"
Orang yang hidup menyendiri tanpa banyak kawan di sisinya
Orang yang menanti-nantikan peluang untuk memperoleh keuntungan
Orang yang mengidam-idamkan gadis yang jelita namun hasratnya gagal dicapai
Orang yang berasa rindu akan peristiwa masa silam yang menimbulkan kenangan manis
Berikan peribahasa yang sesuai.
"Kata-kata yang menyakitkan hati"
Tajam lidah
Mulut murai
Mulut tempayan
Tanngkap muat
Peribahasa yang sesuai dengan.....
"Orang yang sangat diharapkan"
Tiang kampung
Tulang belakang
Ayam tambatan
Rinngan tulang
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai....
"Orang yang bekerja di dalam sesuatu jabatan"
Kakitangan
Bau-bau bacang
Orang dalam
Orang harapan
Azman tidak pernah mengeluh atau menyesali nasib. Baginya dalam kehidupan, kadang-kala kita rasa senang dan gembira dan kadang-kala sedih dan memeritkan
bagai hujan jatuh ke pasir
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bagai menelan mestika embun
air pun ada pasang surutnya
Aliff sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu pengajaran sehingga dia digelar pelajar lelaki yang pintar dan cekap.
garam jatuh ke air
bagai menelan mestika embun
bagaimana acuan begitulah kuihnya
ada kerak adalah nasi
Zulfahmy suka membantu rakan-raknnya tetapi kadang-kadang pertolongannya sia-sia.
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bagai menelan mestika embun
ada gula adalah semut
alah bisa tegal biasa
Hazim belajar bersungguh-sungguh kerana dia pasti dia akan meraih kecemerlangan dalam pelajarannya. Dia percaya setiap perbuatan tentu akan meninggalkan kesannya.
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
ada kerak, adalah nasi
alah bisa tegal biasa
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Sewaktu menetap di Florida, Nasya mematuhi peraturan dan undang-undang di sana kerana dia tahu dia perlu mengikut peraturan dan tempat tinggal di sana.
ringan tulang berat perut
seperti anak ayam kehilangan ibu
malu berkayuh perahu hanyut
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Ali menghadapi masalah dalam pelajarannya. Namun, dia bernasib baik kerana adik-beradiknya percaya orang yang bodoh sekalipun kalau diajar betul-betul akan menjadi pandai.
belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
alah bisa tegal biasa
ada kerak, adalah nasi
garam jatuh ke air
Rifqy pandai membahagikan masa dan sudah biasa dengan kesibukan dan kesukaran sebagai penolong ibu dan bapanya.
bagaimana acuan begitulah kuihnya
alah bisa tegal biasa
ada semut adalah gula
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Izdihar berjanji pada dirinya untuk menjaga ibu bapanya sebagaimana mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang.
bagaimana acuan begitulah kuihnya
biar putih tulang jangan putih mata
bagai menatang minyak yang penuh
kusut di hujung, bawa ke pangkal
Suasana di pasar malam itu riuh rendah dengan pegerai-pegerai yang mengambil kesempatan untuk menjual dagangan mereka kerana ramai penduduk setempat yang akan mengunjunginya.
ada semut adalah gula
ada kerak adalah nasi
biar putih tulang jangan putih mata
bagai hujan jatuh ke pasir
Zakwan memang mempunyai sikap ringan tulang, sama seperti bapanya.
ada kerak adalah nasi
bagaimana acuan begitulah kuihnya
bagai menelan mestika embun
ada gula adalah semut
seperti katak di bawah tempurung
tidak mengenang jasa atau budi orang yang pernah membela atau menolongnya
apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja
orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya
terhad pengetahuan atau pengalaman
Explore all questions with a free account