No student devices needed. Know more
20 questions
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kuantiti asas?
Panjang
Berat
Kuasa
Luas
Antara imbuhan unit berikut, yang manakah disusun mengikut tertib menaik?
mega, tera, kilo, giga
giga, mega tera, kilo
kilo, mega, giga, tera
giga, mega, kilo, tera
Ali berjalan dengan halaju 2.5 km/j. Berapakah halaju dalam m/s?
0.694 m/s
1.250 m/s
0.978 m/s
50.00 m/s
V, X, Y dan Z merupakan empat jenis alat pengukur panjang. Yang manakah berikut disusun mengikut kepekaan menurun?
V = mikrometer
X = pita pengukur
Y = pembaris meter
Z = angkup vernier
V, X, Y, Z
X, V, Z, Y
X, Y, V, Z
V, Z, Y, X
Hubungan antara rintangan, R dengan panjang, l dan luas keratan rentas, A suatu panjang diberi oleh persamaan:
R = ρAl
yang mana ρ ialah kerintangan. Apakah unit bagi ρ jika unit untuk rintangan R ialah Ω ?
Ω m2
Ω m
Ω m−1
Ω m−2
Seorang pelajar berlari dari keadaan pegun dan mencapai laju 15 ms−1 dalam masa 10 saat. Berapakah jarak yang dilaui oleh pelajar itu?
15m
30m
75m
350m
Sebuah kereta bergerak dari pegun dengan pecutan seragam 2 ms−2 selama 30 saat. Berapakah halajunya selepas 30 saat?
5 ms−1
48 ms−1
60 ms−1
120 ms−1
Antara yang berikut yang manakah mempengaruhi inersia sesuatu objek?
bentuk objek
pecutan objek
halaju objek
jisim objek
Sebutir peluru yang berjisim 20g ditembak daripada sepucuk senapang yang berjisim 1 kg. Laju awal peluru itu ialah 200 m/s. Berapakah jumlah momentum, dalam kgm/s bagi senapang dan peluru itu selepas peluru itu ditembak?
0
4
20
40
Seorang pelajar menerjun dari sebuah pentas. Dia membengkokkan lututnya apabila tapak kakinya mencecah lantai. Antara pernyataan berikut, yang manakah adalah benar?
Supaya daya impuls yang bertindak ke atas kakinya dapat dikurangkan
Supaya daya yang bertindak ke atasnya sama dengan beratnya
Supaya penerjunannya adalah lebih mudah
Supaya tapak kakinya boleh mengena lantai dalam masa yang singkat
Antara ciri-ciri kereta berikut, yang manakah tidak dapat mengurangkan kecederaan terhadap pemandu dan penumpang kereta semasa perlanggaran?
Tali pinggang keledar
Bahagian depan kereta mudah remuk
Ruang penumpang yang besar
Beg udara
Suatu objek sedang jatuh dalam balang vakum. Manakah antara kuantiti fizik berikut tidak akan berubah?
halaju
Momentum
Pecutan
Sesaran
Daya dikenakan ke atas suatu jasad. Antara yang berikut, yang manakah tidak akan berlaku?
Laju jasad itu berkurang
Bentuk jasad itu berubah
Jisim jasad itu berkurang
Arah gerakan jasad itu berubah
Sebiji bola dilepaskan daripada sebuah helikopter yang pegun di langit. Berapakah halaju bola itu setelah jatuh setinggi 20m?
10ms−1
20ms−1
40 ms−1
100ms−1
Antara berikut, yang manakah tidak mempengaruhi tekanan pada suatu titik di dalam cecair?
Pecutan jatuh bebas
Ketumpatan cecair
Kedalaman cecair
Luas permukaan cecair
Jika tekanan atmosfera adalah 760 mm Hg, berapakah tekanan udara yang terperangkap di L?
15 mm Hg
745 mm Hg
760 mm Hg
Antara prinsip berikut, yang manakah menerangkan prinsip kerja suatu jek hidraulik?
Prinsip Pascal
Prinsip Bernoulli
Prinsip Archimedes
Prinsip Keabadian Momentum
Sebiji belon yang diisikan dengan gas helium naik ke atas dalam udara. Antara pernyataan berikut, yang manakah menjelaskan kejadian itu?
Molekul helium menolak belon ke atas
Molekul helium mengembang dan keluar dari belon
Daya tujah ke atas melebihi berat belon dan gas helium di dalamnya
Molekul udara lebih tumpat daripada molekul helium
Antara alat-alat berikut yang manakah bekerja berdasarkan prinsip Bernoulli sahaja?
Penunu bunsen, picagari dan karburetor kereta
Penunu bunsen, pam turas dan karburetor kereta
bentuk aerofoil sayap kapal terbang, picagari, karburetor kereta
Bentuk aerofoil sayap kapal terbang, pam turas dan picagari
Sebiji belom besar dilepaskan dari sebuah bangunan yang tinggi. Jumlah jisim belon termasuk gas di dalamnya ialah 2.0 kg. Isipadunya ialah 5.0 m3 . Jika ketumpatan udara ialah 1.3 kgm−3 , apakah daya tujah ke atas udara yang dikenakan ke atas belon ini?
20 N
50 N
65 N
130 N
Explore all questions with a free account