10 questions
Fasa pembangunan atur cara terdiri daripada _______________________.
A. Analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengujian dan penyahpepijatan, pengekodan, dokumentasi
B. Analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengekodan, pengujian dan penyahpepijatan, dokumentasi
C. Analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengujian dan penyahpepijatan, dokumentasi, pengekodan
D. Analisis masalah, reka bentuk atur cara, pengekodan, dokumentasi, pengujian dan penyahpepijatan,
Dalam fasa analisis masalah, pengatur cara akan mengenal pasti input, proses dan _______________________________.
A. output
B. storan
C. perisian
D. perkakasan
Dalam fasa reka bentuk atur cara, pengatur cara akan ________________________________, melukis carta alir dan mereka bentuk antara muka pengguna.
A. melukis papan cerita
B. menulis kod arahan
C. melakar reka bentuk
D. menulis pseudokod
Pernyataan yang manakah menerangkan dokumentasi dalaman dengan betul?
A. Dokumentasi dalaman bertujuan membantu pengguna menggunakan aplikasi yang telah dibina.
B. Dokumentasi dalaman disediakan untuk membantu pengatur cara memahami aplikasi yang telah dibina.
C. Dokumentasi dalaman bertindak sebagai manual pengguna.
D. Dokumentasi dalaman mengandungi proses pemasangan perisian secara langkah demi langkah.
"Seorang pengatur cara telah mengalami masalah apabila paparan output yang terhasil adalah salah."
Apakah jenis ralat yang boleh dikaitkan dengan situasi di atas?
A. Ralat sintaks
B. Ralat masa larian
C. Ralat logik
D. Ralat pelaksanaan
Teknik _____________________________ digunakan apabila masalah yang besar perlu dipecahkan kepada bahagian-bahagian masalah yang lebih kecil.
A. pengecaman corak
B. peniskalaan
C. leraian
D. pengitlakan
Haziq ditugaskan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara sebuah basikal dengan motorsikal. Haziq telah menggunakan teknik ___________________.
A. leraian
B. pengecaman corak
C. peniskalaan
D. pengitlakan
Atur cara yang dibina merupakan model yang dapat membantu menyelesaikan masalah yang serupa. Pembinaan model ini merujuk kepada teknik _________________________.
A. leraian
B. pengitlakan
C. peniskalaan
D. pengecaman corak
Farhani ingin membuat pengiraan harga bagi suatu barang selepas diskaun. Bagi menyelesaikan masalah ini, Farhani mengambil kira aspek-aspek penting berkaitan diskaun. Apakah teknik pemikiran komputasional yang digunakan oleh Farhani?
A. Leraian
B. Pengecaman corak
C. Pengitlakan
D. Peniskalaan
Apakah kelebihan penggunaan teknik-teknik pemikiran komputasional dalam pembangunan atur cara?
I Menyelesaikan masalah secara sistematik
II Menghasilkan atur cara dengan cekap
III Menghasilkan atur cara yang menepati kehendak pengguna
A. I sahaja
B. I dan II
C. II dan III
D. I, II dan III