20 questions
Suasana di padang bola itu begitu __________ dengan sorakan para penonton.
gah
serak
riuh
lengang
Tendangan ________ yang dibuat oleh penyerang pasukan Seladang mengelirukan penjaga gol.
padu
gagah
pejal
senget
Puteri Gemala Sari berasa _________ akan kesihatan Raja Muhayat yang semakin gering.
ria
murka
gundah
indah
Encik Lazim kelihatan __________ mengenakan busana istana silam.
cantik
molek
gagah
segak
Kucing kesayangan Amran yang bermain dalam kotak itu begitu __________ sekali.
ayu
cantik
lawa
comel
Pak Muiz berasa ________________ menunggu pancingnya yang belum dimakan oleh ikan.
bosan
malas
culas
cuai
Bilik tidur Fateh kelihatan _________ dan ________ kerana dia sentiasa mengemaskan bilik tidurnya.
comot ...... bersih
lawa .... semak
elok ..... lapang
kemas .... bersih
Tumisan sambal ibu menghasilkan _________ yang menyelerakan.
bauan
wangian
aroma
sedutan
Gesekan biola oleh Ilyana semasa persembahan Hari Guru di dewan begitu ________ dan menghiburkan.
tegang
bingit
merdu
molek
Kerana kepenatan, Encik Fansuri tertidur ________ di atas sofa di ruang tamu rumahnya.
tenang
lali
sendu
lena
Suasana di kawasan rumah datuk yang berhampiran dengan bendang kelihatan begitu _________.
damai
gemirang
cemerlang
lapang
Untuk membuat sangkar burung, Encik Wan Azreez meraut bilah buluh menjadi ________ menggunakan sebilah pisau tajam.
lemah
lentik
halus
habis
Murid-murid 5 Seroja kelihatan begitu _______ dan bergaya.
ayu
kacak
segak
kemas
Puan Zuraini mengirim sebungkus teh ais kerana beliau berasa _________.
lapar
dahaga
hampa
cuak
Ulwan dan keluarganya sangat _________ ketika menyambut majlis ulang tahun kelahirannya yang ketujuh.
walang
ketawa
riang
rawan
Rumah _______ yang terletak di puncak bukit itu kepunyaan seorang hartawan yang terkenal di daerah ini.
mewah
murah
megah
mudah
Pasangan suami isteri itu kelihatan begitu _______ sekali.
lawa
kacak
anggun
elok
Muri-murid digalakkan bersenam supaya minda mereka ________.
cergas
lapang
cermat
cerdas
Farizuan berasa _______ untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh penceramah itu.
gugup
gagap
gagah
gigil
Walaupun panas ________, mereka tetap asyik mencerap matahari.
teruk
terik
pijar
haba