No student devices needed. Know more
10 questions
1) Dalil di atas merupakan dalil naqli bagi
A. Islam agama yang benar dan diredhai Allah
B. Kewajipan beriman kepada Allah yang bersifat Al-Khaliq
C. Islam agama fitrah
D. Allah sebagai pencipta sekalian makhluk
2) Sumber utama akidah Islam ialah x dan y . X dan Y ialah
A. X : Al-Quran, Y : Ijmak
B. X : As-Sunnah Y : Al-Qiyas
C. X : Rukun Iman, Y : Rukun Islam
D. X : Al-Quran, Y : Hadis
3) Akidah teras dalam kehidupan seorang muslim. Tanpa akidah, kehidupan manusia akan terumbang-ambing tanpa haluan ibarat kapal yang hanyut di tengah lautan. Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah bukan kepentingan akidah dalam kehidupan muslim?
A. Tunjang kekuatan ekonomi dan kewangan negara
B. Membentuk jati diri dan muslim sejati
C. Syarat amalan diterima Allah
D. Benteng daripada perkara yang khurafat dan syirik
4) Ayat ke 17 daripada Surah Al-Maidah ini menunjukkan bahawa
A. Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki
B. Allah Maha Berkuasa terhadap langit dan bumi
C. Allah Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi
D. Allah Maha Pencipta, Pemilik , Pentadbir dan Penguasa alam yang berhak disembah
5) Keimanan kepada Allah memberikan kesan kepada kehidupan seseorang muslim.
Apakah contoh yang sesuai bagi kenyataan di atas?
A. Khalid ditimpa penyakit dan berdoa kepada Allah supaya menyembuhkannya tanpa berikhtiar
B. Abdullah tenang apabila terlibat dengan kemalangan dan mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun”
C. Siti sanggup menyanyi di kelab malam untuk menyara keluarganya yang susah
D. Zuhdi rajin melakukan ibadat sunat di masjid untuk mendapatkan perhatian gurunya
6) Jadual di atas merupakan penerangan bagi jenis-jenis hukum dalam Islam. Apakah X, Y, Z?
A. X: wajib, Y: sunat, Z:makruh
B. X: sunat, Y: tidak harus, Z:makruh
C. X: sah, Y: harus, Z: haram
D. X: sunat, Y: harus, Z: makruh
7) Pilih pasangan yang betul mengenai jenis air, contohnya beserta hukum kegunaannya.
A. Air Musta'mal - Air kopi - Boleh diminum tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci
B. Air Mutlak - Air gula - Sah digunakan untuk berwudhu
C. Air Musyammas - Air takungan yang tidak melebihi 2 kolah - Makruh ketika digunakan ketika masih panas
D. Air Mutanajjis - Air sungai yang dimasuki najis - Tidak sah digunakan untuk bersuci
8) Seorang muslim yang bersuci dan menjaga kebersihan akan memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat dan persekitaranya. Antara berikut, yang manakah kepentingan bersuci terhadap persekitaran?
A. Sentiasa bersiap sedia untuk beribadat
B. Meningkatkan maruah diri dan menjaga imej diri
C. Mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif
D. Mendapat keampunan daripada Allah
9) Sewaktu sedang solat, anda tersedar bahawa terdapat kesan air kencing bayi perempuan yang berusia 2 tahun di pakaian solat anda, apakah yang perlu anda lakukan mengikut turutan yang betul?
A. Memberhentikan solat, membuang najis, mengambil air dan merenjis air di tempat yang terkena najis
B. Memberhentikan solat, membuang najis, mengambil air dan basuh tempat yang terkena najis hingga hilang bau, rasa dan warna
C. Menyelesaikan solat terlebih dahulu, membuang najis, mengambil air dan basuh tempat yang terkena najis hingga hilang bau, rasa dan warna
D. Memberhentikan solat, membuang najis, mengambil air mutlak yang dicampur dengan air tanah dan basuh tempat yang terkena najis hingga hilang bau, rasa dan warna
10) Kassim sedang mengembara di dalam hutan dan dia ingin beristinjak. Sekiranya tiada air mutlak yang boleh Kassim gunakan untuk beristinjak, apakah alat lain yang boleh dia gunakan?
A. Daun kering yang gugur daripada pohon
B. Tulang burung yang kering
C. Batu sungai yang licin
D. Air tadahan di dalam tempurung kelapa yang telah tercemar dengan najis kancil
Explore all questions with a free account