No student devices needed. Know more
32 questions
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
Ukur baju di badan sendiri.
Buang yang keruh , ambil yang jernih
Muafakat membawa berkat
Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat cemas.
Bagai anjing dengan kucing
Bagai telur di hujung tanduk.
Bagai bulan dipagari bintang
Indah khabar dari rupa
Pilih peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
Keadaan hidup seseorang yang sangat daif.
Bagai melukut di tepi gantang
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
Biar mati anak jangan mati adat
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun.
Harapkan pagar, pagar makan padi
Keluar mulut buaya, masuk mulut harimau
Hangat-hangat tahi ayam
Bagai isi dengan kuku
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.
Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian pilih satu peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan tersebut.
Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.
Sudah terhantuk baru tengadah
Tanam padi tumbuh lalang
Perigi mencari timba
Nasi sudah menjadi bubur
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Abu tergolong dalam kelompok pelajar yang lemah di sekolah. Namun, dia belajar setiap hari dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang.
sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua
belakang parang kalau diasah lagikan tajam
ular menyusur akan takkan hilang bisanya
berdikit-dikit lama-lama jadi bukit
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Ismail mendapat khabar bahawa dia berjaya dalam temu duga untuk jawatan yang dipohon. Tanpa berfikir panjang, dia berhenti daripada ker]a yang dijawat sekarang kerana pendapatannya kecil. Malangnya, dia gagal mendapat pekerjaan itu dan kehilangan jawatan yang sedia ada.
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu
nasi sudah menjadi bubur
Baca petikan situasi di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang menggambarkan setiap situasi tersebut.
Perpecahan dan pertelingkahan antara penduduk kampung akibat kehadiran lelaki yang mengajarkan ilmu sesat itu dapat diselesaikan apabila dia dibuang negeri.
bagai mencurahkan air ke daun keladi
biduk lalu kiambang bertaut
belum duduk sudah berlunjur
Kalah menjadi abu, menang menjadi arang
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
air dicincang tiada putus
seperti anjing dengan kucing
seperti kacang melupakan kulit
bagai isi dengan kuku
Semasa ibunya masih hidup, Ali sentiasa bersikap kasar terhadap ibunya. Apabila ibunya telah meninggal, dia tidak sempat untuk meminta pengampunan daripada ibunya.
Bersatu teguh bercerai roboh
Busuk macam bangkai
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Penduduk di kampung itu mengamalkan sikap saling membantu dalam urusan kemasyrakatan.
Bagai tikus membaiki labu
Bagai aur dengan tebing
Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya
Bagai telur di hujung tanduk
Raihan kecewa kerana cinta dan kasihnya kepada pemuda itu tidak berbalas lantaran pemuda yang diminatinya itu telah pun bertunang.
Nasi sudah menjadi bubur
Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga
Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.
Akhirnya dia mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang setelah dia berusaha dengan gigih walaupun dia tidaklah dianggap sebagai pelajar yang pintar.
Masuk kandang kambing mengembek,masuk kandang kerbau menguak.
Tak lapuk dek panas,tak lekang dek hujan
Belakang parang jika diasah lagikan tajam
Pendayung sudah ditangan, perahu sudah dia air
Amirul tetap meneruskan usahanya dalam pendakian itu tanpa memberikan sebarang alasan kerana dia hendak memperoleh kepuasan dalam melakukan tindakan tersebut.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Lembu punya susu, sapi dapat nama
Indah khabar dari rupa
Jauh perjalanan luas pandangan
Ahmad melakukan tugasnya dengan sempurna hanya apabila dikerah oleh penyelianya.
Bagai cincin dengan permata
Bapa borek anak rintik
Seperti pahat dengan penukul
Sediakan payung sebelum hujan
Air mata Fatimah bercucuran apabila mendapat berita kematian ayahnya dalam kemalangan jalan raya.
Bagai manik putus tali
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Bagai menatang minyak penuh penuh.
Seperti api dalam sekam
Orang yang suka menyalahkan orang lain atas sesuatu kekurangan sedangkan hal itu berpunca daripada kelemahannya sendiri.
Seperti kera mendapat bunga
Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket
Ulat buku
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Setiap pelajar perlulah berusaha untuk belajar bersungguh sekiranya mahu berjaya dalam hidup
Bapa borek anak rintik
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan mendapat sagunya
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Alimin yang membocorkan rahsia syarikat milik kawannya kepada pesaing syarikat tersebut ibarat......
Kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Musuh dalam selimut
Sekali jalan kena, dua kali jalan tahu
Orang yang selalu mengikut kehendak orang lain.
Sudah terang lagi bersuluh
Bagai lembu dicucuk hidung
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari-lari
Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang
seperti aur dengan tebing
diberi betis nak peha
bagai menatang minyak yang penuh
sediakan payung sebelum hujan
Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir
Ada udang disebalik batu
Bersatu teguh bercerai roboh
tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
Menangguk di air yang keruh
Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini
Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
umpama meludah ke langit terkena muka sendiri
Bagai cincin dengan permata
bagai pinang dibelah dua
Sepanjang lima tahun beliau menguruskan syarikat itu, pelbagai rintangan telah berjaya dihadapi bersama-sama dengan kakitangannya.
malu bertanya sesat jalan
rumah siap pahat berbunyi
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bagai aur dengan tebing
Majlis sambutan rumah terbuka itu telah selesai, namun masih kedengaran rungutan daripada sesetengah pihak kerana atur caranya tidak lancar.
rumah siap pahat berbunyi
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Mendapat keuntungan secara tiba-tiba
bagai pinang dibelah dua
bagai bulan jatuh ke riba
bagai aur dengan tebing
bagai isi dengan kuku
Amin mempunyai niat tersumbunyi ketika beliau membantu rakannya.
bagai anjing dengan kucing
ayam terlepas, tangan bau tahi
Ada udang disebalik batu
air dicincang tak akan putus
seorang perempuan yang sangat cantik
bagai bulan dipagar bintang
bagai bulan jatuh ke riba
bagai itik pulang petang
bagai isi dengan kuku
Explore all questions with a free account