No student devices needed. Know more
23 questions
Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah (STPM2013)
I. Menghormati kedaulatan setiap negara
II. Mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III. Mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV. Meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia? STPM2014
I. Memperjuangkan hak negara-negara Selatan
II. Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan
III. Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi
IV. Mengutamakan hubungan dagangan dengan negara-
negara Utara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik? (STPM2013)
A Berdaya saing
B Status ekonomi
C Sikap keterbukaan
D Pegangan ideologi
Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia? (STPM2013)
A Menjadi peneraju ekonomi serantau
B Mempertahankan keselamatan negara
C Menjadi pejuang politik bagi negara membangun
D Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa
Yang manakah objektif dasar luar Malaysia? STPM2014
A Memelihara kedaulatan negara
B Mewujudkan keamanan sejagat
C Melindungi negara-negara miskin
D Mengekalkan penguasaan ekonomi
Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh (STPM2013(U))
A objektif antarabangsa
B wawasan pemimpinnya
C keadaan keselamatan serantau
D corak kepimpinan politik serantau
Yang manakah pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa? STPM2013(U)
A Menyetujui amalan perlindungan pasaran
B Memperjuangkan kepentingan negara membangun
C Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi
D Menyokong langkah ketenteraan dalm membanteras jenayah
transnasional
Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia? STPM2013(U)
A Memperluas dasar perlindungan
B Memperoleh pinjaman pembangunan
C Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus
D Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh
Yang manakah tindakan yang menggambarkan prinsip hubungan luar Malaysia? (STPM2013 (U)
A Menghantar bantuan ketenteraan ke negara yang bergolak
B Memberi pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara
C Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara
bersama
D Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa
bencana
Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengamalkan dasar luar pro-Barat? STPM2014
A Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Negara Komanwel
B Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara
C Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad
D Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi
Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik yang diamalkan oleh negara berkenaan.
Hubungan tersebut membantu Malaysia dari aspek (STPM2015)
A pemindahan teknologi
B keselamatan dan keamanan
C kekuatan ketenteraan negara
D penyediaan guna tenaga pakar
Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia? STPM2014(U)
I. Geostrategik
II. Ideologi negara
III. Status ekonomi
IV. Kepimpinan negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Yang manakah yang berikut mempengaruhi dasar luar Malaysia? (STPM2015)
A Kepimpinan politik serantau
B Wawasan pemimpin Malaysia
C Kedudukan ekonomi Malaysia
D Ideologi negara-negara serantau
• Dasar luar yang berkecuali
• Dasar berbaik-baik dengan semua negara
Apakah ketetapan Malaysia berhubung dengan dasar luar dalam pernyataan di atas? (STPM2015)
I. Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
II. Sebarang pertikaian diselesaikan secara rundingan
III. Mengadakan kerjasama bilateral dengan negara
serantau
IV. Memberikan keutamaan terhadap kerjasama ekonomi
dan kebudayaan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
Yang manakah objektif dasar luar Malaysia ? STPM2015(U)
I. Menjamin kedaulatan negara
II. Menggalakkan kemasukan pelabur asing
III. Membantu penyelesaian masalah negara lain
IV. Menjamin kestabilan politik peringkat global
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Yang manakah faktor penentu dasar luar Malaysia? STPM2015(U)
I. Misi negara
II. Ideologi yang sama
III. Sokongan kuasa besar
IV. Kedudukan geostrategik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Kepentingan nasional merupakan penentu dasar luar Malaysia.
Yang manakah faktor yang mempengaruhi penentuan dasar tersebut? STPM 2016
A Hubungan serantau
B Aspek sosiobudaya
C Keselamatan negara
D Hubungan perdagangan
Kedudukan geostrategik negara menjadi satu daripada faktor yang mempengaruhi dasar luar Malaysia kerana Malaysia mahu (STPM 2016)
A Mengelakkan pergantungan kepada kuasa luar
B menjamin keselamatan daripada ancaman luar
C mengelakkan keadaan rantau Asia Tenggara yang bermasalah
D memastikan hubungan perdagangan antarabangsa berjalan
lancar
• Dasar luar yang aktif pada peringkat serantau dan
antarabangsa
• Dasar luar yang dinamik dan berkembang
Ciri dasar luar Malaysia di atas dipengaruhi oleh perubahan (STPM 2016)
A kepimpinan negara
B status ekonomi negara
C lokasi pentadbiran kerajaan pusat
D ideologi politik parti yang memerintah
Kaedah :
• Rundingan
• Bertolak ansur
• Cara diplomasi
• Orang perantaraan
Penyataan di atas merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh Malaysia untuk (STPM 2016)
A membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di penjara di negara
asing
B mendapatkan hak melabur ekslusif di negara-negara yang
berpotensi
C menarik pelabur asing agar melabur secara massa ke Malaysia
D menyelesaikan isu yang melibatkan pihak yang bertelagah
Yang manakah faktor yang perlu diguna pakai untuk menentukan dasar luar Malaysia? (STPM 2017)
A Kedudukan strategik negara
B Perdagangan antarabangsa negara
C Kerjasama dengan kuasa-kuasa besar
D Pakatan ketenteraan dengan negara serantau
Apakah rasional Malaysia mengutamakan jalinan hubungan diplomatik yang erat dalam kalangan negara-negara ASEAN?
(STPM 2017)
A Keselamatan
B Kepelbagaian etnik
C Kedudukan geopolitik
D Keunikan budaya penduduk
Yang manakah prinsip asas dalam pembentukan dasar luar Malaysia? (STPM2017)
I. Memenuhi tuntutan ekonomi
II. Hidup bersama secara aman dan harmoni
III. Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain
IV. Menyelesaikan konflik melalui kekuatan ketenteraan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Explore all questions with a free account